Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

 
USMB
Introduction

Unit Makmal Komputer (UMK) Perlis ditubuhkan semenjak awal tahun 1980an setelah pihak pengurusan tertinggi UiTM Perlis menyedari kepentingan unit ini untuk pembangunan ICT di UiTM Perlis. Nama Unit Makmal Komputer secara rasminya telah ditukar kepada Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) bermula dari 15 Febuari 2007. Walaupun unit ini kecil namun perkhidmatan yang diberi adalah menyeluruh meliputi entiti-entiti seperti pelajar, kakitangan akademik dan sokongan. Seperti kewujudan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) di UiTM Shah Alam, Unit Makmal Komputer UiTM Perlis memainkan peranan yang sama pentingnya, yang mana ia telah menjadi sebagai suatu tulang belakang untuk meletakkan UiTM Perlis sebagai sebuah kampus yang bertaraf ' World Class ' dan setanding dengan universiti tempatan yang lain dari segi kemudahan ICT yang disediakan.

Pada peringkat awal penubuhan unit ini, perkhidmatan lebih menjurus kepada penyediaan dua buah makmal komputer untuk kegunaan pelajar. Kemudian pada awal tahun 1990-an, ia diperkembangkan kepada kakitangan.  Walau bagaimanapun, kemudahan ini tida dapat dinikmati oleh pensyarah, memandangkan jumlah komputer yang dibeli adalah agak terhad dan dtumpukan kepada pensyarah yang memegang jawatan pentadbiran dan semua ketua jabatan, unit, bahagian dan Pengarah Kampus. Pada masa itu, kemudahan capaian internet masih belum berkembang dengan luas dan kepentingannya tidak ditekankan.

Kini, apabila melewati tahun 2000, unit ini telah memastikan bahawa setiap kakitangan disediakan kemudahan komputer dan capaian ke internet. Setiap kakitangan akademik disediakan dengan kemudahan komputer dan internet, manakala semua makmal komputer kini telah mencapai sebanyak 12 unit dengan anggaran 330 unit komputer juga disediakan kemudahan capaian ke internet. Tambahan pula tidak dilupakan untuk kakitangan sokongan, bagi memastikan kelicinan dalam tugas mereka, setiap kakitangan yang banyak terlibat dengan kerja-kerja perkeranian diberikan kemudahan komputer dan capaian ke internet.

Setiap tahun, unit ini akan menguruskan permohonan pembelian peralatan ICT dengan anggaran hampir RM 500, 000 ringgit. Ia melibatkan bajet pembelian komputer untuk pelajar dan kakitangan, pembelian peralatan sokongan seperti scanner, CD Writer, Pencetak, dan lain-lain lagi. Kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembelian peralatan dalaman seperti cakera keras, pemacu cakera, monitor, memori komputer dan penyelenggaraan peralatan rangkaian, pembelian disket, katrij dan CD juga diuruskan sepenuhnya oleh unit ini.

Kewujudan unit ini juga telah menampakkan beberapa proses kerja diubah dari kaedah manual kepada sistem berkomputer. Antaranya adalah sistem iSIS, iLMU, STARs, EIS, FAIS, penggunaan Lotus Notes sebagai platform untuk menyemak e-mail, Sistem Bil Telefon, website jabatan dan lain-lain. Ini menunjukkan ICT telah menjadi suatu alat yang penting untuk memastikan hasil kerja (produk atau perkhidmatan) adalah lebih berkualiti dan mencapai tahap piawai yang ditetapkan.

Walaupun unit ini memberi perkhidmatan untuk semua entiti, namun ia masih diletakkan dibawah carta bahagian Hal Ehwal Akademik. Pihak pengurusan sedang merangka pengstrukturan semula UiTM Perlis bagi meletakkan unit ICT dibawah Pejabat Pengarah dan seterusnya membuktikan ICT berperanan untuk kemajuan organisasi, bangsa dan negara.