perlis.uitm.edu.my

Banner
Navi: Home Maklumat Am Kemudahan & Perkhidmatan
library services-01-01
mdabb
printing ads


Search Universiti Teknologi MARA resources and beyond




 

Kemudahan & Perkhidmatan

E-mail Print PDF

Kemudahan

Ruang Bacaan

Ruang bacaan disediakan di setiap zon yang boleh menempatkan kira-kira 500 pengguna pada satu-satu masa.

Karel

Sebanyak 31 karel persendirian disediakan di zon B1 dan A1. Tiada had masa bagi penggunaan karel pada waktu operasi perpustakaan.

Bilik Kubikel

Bagi suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan tenteram, PDJH menyediakan 12 bilik kubikel yang dilengkapi suis. Sila berurusan dengan kaunter utama bagi penggunaan.

Bilik Perbincangan

PDJH menyediakan 3 bilik perbincangan yang boleh menempatkan 6 hingga 16 orang pengguna pada satu-satu masa. Untuk penggunaan dan tempahan, sila berurusan di kaunter utama dengan menunjukkan kad pelajar.

Bilik IT

45 buah komputer yang mempunyai akses Internet dan perisian Microsoft Office disediakan di Bilit IT. Ini termasuk 5 buah yang dikhaskan untuk penggunaan pangkalan Data Atas talian. Bagi penggunaan, sila berurusan di kaunter IT dengan menggunakan kad pelajar. Masa penggunaan terhad 2 jam kepada setiap pengguna.

Sudut Akhbar Harian

Sudut Akhbar Harian terletak di zon B1. Akhbar yg dilanggan oleh PDJH ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star dan Sinar Harian.

Portal Perpustakaan

Portal Perpustakaan menyediakan memudahkan pengguna bagi menyemak rekod keahlian, menyemak koleksi, menyemak pinjaman, menyambung pinjaman, membuat tempahan, menyemak denda, mengakses pangkalan data, mengakses koleksi digital, web UiTM dan portal i-student. Pengguna boleh melayari portal Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan di http://10.20.22.99/equip/custom/home.jsp

Terminal OPAC

Sebanyak 4 terminal OPAC disediakan di PDJH untuk memudahkan pencarian buku. Selain dari terminal yang disediakan, proses pencarian buku boleh juga dilakukan melalui portal PDJH.

TV Astro

PDJH melanggan Astro bagi tujuan rekreasi penggunanya. Ia terletak di zon B3.

Surau

Surau bagi lelaki dan wanita disediakan di zon B2.

Peti Simpanan Barang

Peti simpanan barang tidak berkunci / pigeon hole disediakan di pintu masuk PDJH bagi kemudahan pengguna.

 

Perkhidmatan

Peminjaman

Setiap ahli yang berdaftar layak membuat pinjaman mengikut kelayakan pinjaman yang dibenarkan. Kad pelajar / kad pekerja digunakan dalam urusan peminjaman.

Pembaharuan Pinjaman

Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan secara atas talian di Portal Perpustakaan atau dengan kakitangan PDJH di kaunter utama. Perkhidmatan ini tertakluk kepada kelayakan pinjaman bagi kategori pengguna.

Tempahan

Sekiranya buku yang anda ingin pinjam berada dalam pinjaman pengguna lain, anda boleh menempah buku tersebut melalui dua cara iaitu melalui Portal Perpustakaan atau dengan mengisi borang di kaunter utama. Anda akan diberitahu mengenai status tempahan melalui emel dan papan kenyataan tempahan di PDJH.

Pinjaman Antara Perpusakaan

PDJH menyediakan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan bagi bahan yang tiada dalam koleksi tetapi terdapat di perpustakaan lain. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang di kaunter utama.

Kelas Kemahiran Maklumat

Kelas Kemahiran Maklumat bertujuan mendidik pengguna dalam penggunaan perkhidmatan perpustakaan seperti Portal PDJH, pencarian bahan melalui OPAC, pangkalan data atas talian dan koleksi digital. Kelas ini diadakan berdasarkan permintaan, tidak kira samada individu atau pun berkumpulan. Borang permintaan boleh didapati di kaunter utama.

Book Drop

Pemulangan buku menggunakan perkhidmatan book drop yang tersedia di pintu hadapan perpustakaan. Ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk memulangkan buku selepas waktu perkhidmatan perpustakaan.

Rujukan

PDJH menyediakan perkhidmatan rujukan bagi membantu pengguna dalam mendapatkan maklumat / bahan yang bersesuaian.