Rak Terbuka
Buku-buku yang terletak dibawah kategori Rak Terbuka (Open Shelf) boleh dipinjam mengikut kelayakan pinjaman. Ia terbahagi kepada tiga kolesi iaitu:
Koleksi Sains Sosial
Terletak di tingkat bawah zon B1 meliputi bidang perniagaan, perakaunan, perbankan, ekonomi, politik, undang-undang, pendidikan dan lain-lain. (Abjad A, B, C, D, E, F, H, J, K, L, M, N dan Angka 100, 200, 300-390, 650, 659, 700, 909, 920-990).
Koleksi Sains dan Teknologi
Terletak di tingkat bawah zon B2 meliputi bidang kimia, biologi, fizik, kejuruteraan, sukan, komputer, matematik, perubatan, pertanaian dan lain-lain. (Abjad G, Q, R, S, T, U, Z dan Angka 001-005, 010, 020, 500-599, 600-649, 660-690, 770, 910-915).
Koleksi Agama, Bahasa dan Sastera
Terletak di tingkat bawah zon B4 meliputi bidang agama Islam, bahasa dan sastera inggeris, bahasa dan sastera melayu, novel dan lain-lain. (Abjad BP, P-PZ dan Angka 200, 340.59, 400, 800).
Rujukan
Terdiri dari buku-buku seperti kamus, ensiklopedia, thesaurus, atlas dan sebagainya yang meliputi pelbagai bidang. Hanya dibenarkan untuk kegunaan didalam perpustakaan dan difotokopi. Koleksi rujukan mempunya kod ‘ruj’ pada awal nombor panggilan pada tulang buku. Terletak di zon atas A1.
Majalah Berjilid
Koleksi majalah-majalah lama yang telah dijilid. Terletak di zon atas A1.
Kumpulan Bahan Resab (KBR)
Kumpulan Bahan Resab terdiri daripada buku-buku mahal, laporan tahunan badan-badan kerajaan, kertas peperiksaan, penerbitan UiTM, hasil penulisan pensyarah UiTM (tesis) dan bahan-bahan terhad dalam kawalan. Koleksi ini terletak di zon bawah B2 dan tidak boleh dipinjam keluar dari perpustakaan.
Akhbar Lama
PDJH menyimpan akhbar-akhbar lama dalam tempoh setahun kebelakang yang terdiri dari Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star dan Sinar Harian. Koleksi ini terletak di zon bawah B2.
Majalah Semasa
Terletak di tingkat bawah zon B3, boleh dipinjam untuk bacaan didalam perpustakaan. Terdiri dari pelbagai jurnal dan majalah dari dalam dan luar negara. Sila berurusan di kaunter majalah.
Pangkalan Data Atas Talian
Pelanggan PDJH boleh mengakses Pangkalan Data Atas Talian melalui komputer di bilik IT. Bagi akses dari luar perpustakaan, pelanggan boleh mendapatkan kata nama dan kata laluan dari pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat. Antara pangkalan data yg disediakan ialah EBSCOHost, Emerald, SpringerLINK, LexisNexis, IEEE Explore dan Wiley Interscience.
Koleksi Digital
Memuatkan koleksi dalam bentuk digital bagi kertas soalan peperiksaan, keratin akhbar, projek pelajar, tesis, dan koleksi Tun Mahathir. Boleh diakses melalui Portal Perpustakaan atau http://digital.ptar.uitm.edu.my/portalptar



