Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada proses menghasilkan graduan cemerlang dan berketrampilan. Bahagian ini disertai oleh Timbalan Pengarah Kampus HEA. Beliau turut dibantu oleh 2 orang penolong pendaftar, 2 orang pegawai eksekutif, di samping staf-staf sokongan.
- Mengendalikan program-program yang ditawarkan di UiTM Perlis serta menyediakan prasarana yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai kecemerlangan akademik yang berterusan.
- Menyelaras dan mengurus program akademik dan enrolmen pelajar sejajar dengan pembangunan kampus.
- Menyediakan prasarana akademik, kemudahan, dan peralatan yang lengkap bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang dan memantau kualiti program akademik yang ditawarkan.
- Mengendali dan memberi maklumat terkini berkaitan urusan pendaftaran dan rekod pelajar.
- Mengendali urusan jadual waktu kuliah dan hal ehwal peperiksaan.


