The Student Affairs Division

E-mail Print PDF

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM Perlis adalah merupakan salah satu bahagian terpenting di UiTM Perlis.

Perkhidmatan utama adalah seperti berikut:-

  • Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar
  • Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar


Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Perlis diketuai oleh Prof Madya Marzukai Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni) .
Berperanan besar untuk memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta perniagaan.


Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni juga berperanan penting dalam memantau sahsiah pelajar samada di dalam mahupun di luar kampus.
Fungsi HEP & Alumni dalam tatatertib dan disiplin pelajar adalah semakin jelas dengan wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang juga dikenali sebagai Akta 174.

Objektif

Visi


Menjadi sebuah jabatan yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Misi



Melahirkan graduan yang berperibadi murni, global, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri, patriotik, bertanggungjawab, bertakwa dan berdaya saing.

Objektif


• Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
• Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM.

Kami berjanji dan berusaha untuk:
• Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, cepat dan berhemah.
• Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berketrampilan, berdisiplin, beriman dan berperibadi mulia melalui program program pembangunan pelajar dan kepimpinan.

• Menyediakan kemudahan yang sesuai dari segi penginapan, makanan dan lain lain kemudahan asas kepada semua pelajar.
• Memberi perkhidmatan sokongan yang bermutu bagi membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum.

• Bertanggungjawab terhadap hal ehwal kebajikan pelajar dengan menguruskan biasiswa, pinjaman pelajaran dan tabung tabung kebajikan.
• Memastikan semua permohonan diproses dan diluluskan dalam tempoh satu minggu hingga satu bulan dari tarikh permohonan.
• Sebagai penghubung dan perantara yang berkesan antara pelajar dengan agensi atau badan luar.

• Memberi peluang yang sama kepada semua pelajar untuk mengembangkan bakat dan kebolehan dalam semua bidang.
• Mengurus dan menyelesaikan segala masalah pelajar dengan adil, bijaksana dan segera.
• Memastikan semua permohonan diproses dan diluluskan dalam tempoh satu minggu hingga satu bulan dari tarikh permohonan.
• Responsif dan peka kepada tuntutan/aduan/cadangan pelajar.

Fungsi

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni di UiTM Perlis berfungsi untuk:

  • Menyediakan kemudahan penginapan dan makanan kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
  • Menyelaras perhubungan pelajar dengan pentadbiran UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.
  • Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti keagamaan, intelektual, kepimpinan, kebudayaan, sukan, perniagaan dan sosial.
  • Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk PTPTN, biasiswa dan pinjaman.
  • Menguruskan kebajikan pelajar-pelajar termasuk dalam hal-hal kecemasan dan kematian.
  • Menjaga ketenteraman dalam dan luar kampus melalui pelaksanaan Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976