Facilities Management Division

E-mail Print PDF

Introduction

Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Perlis mula ditubuhkan pada tahun 1974 yang dikenali dengan nama Unit Teknik. Pada tahun 1990 Unit ini telah ditukar nama kepada Unit Pembangunan Dan Selenggaraan (UPS) UiTM Kampus Arau yang diletakkan dibawah Bahagian Pentadbiran. Seterusnya pada tahun 2003 Unit ini telah dinaiktaraf kepada Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan (BPP) UiTM Perlis dibawah Unit-unit Pejabat Pengarah. Akhirnya pada tahun 2006 nama Bahagian ini diseragamkan seluruh system UiTM dengan nama Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) UiTM Perlis selaras dengan perkembangan semasa dan visi UiTM menjadi sebuah Universiti bertaraf dunia.
BPF UiTM Perlis terdiri dari 5 unit utama. Unit-unit ini adalah Pentadbiran Am, Kerja Awam, Kerja Elektrik, Kerja Mekanikal dan Ukur Bahan. Bilangan staf BPF adalah seramai 47 orang terdiri dari pelbagai jawatan.

Objective

 

Objektif


Memberikan keselesaan yang optimum kepada kakitangan dan pelajar dari segi kemudahan infrastruktur dan suasana lanskap kampus yang ceria.

Visi


Menjadikan sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputera bertaraf profesional sejajar dengan visi Universiti.

Misi


Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara profesional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti.

Function

Unit Pentadbiran Am
1) Mengurus sistem fail serta mengemaskini fail.
2) Menguruskan sistem persuratan BPF.
3) Merekod cuti dan keluar masuk staf.
4) Memproses tuntutan kerja lebih masa staf.
5) Menyediakan pengesahan kerja dan pembayaran bagi setiap perkhidmatan dan pembelian barangan.
6) Mengoperasi Pusat Sistem Aduan Kerosakan.
7) Menerima tempahan persiapan untuk majlis UiTM dan pelajar.

Unit Awam
1) Merancang, melaksana dan menyelia Projek Pembangunan, Naiktaraf dan Ubahsuai.
2) Menyelenggara bangunan & infrastruktur.
3) Menyediakan spesifikasi dokumen sebutharga dan tender
4) Merekabentuk, melukis & merekod pelan projek
5) Membuat & Menyelenggara papantanda di dalam & diluar bangunan .
6) Melaksanakan Operasi Kebersihan Bangunan & Kolej Kediaman.
7) Melaksanakan Operasi Kebersihan Kawasan Kampus.
8) Melaksanakan Operasi Kawalan & Pembasmian makhluk perosak.
9) Melaksanakan Operasi Kebersihan Sanitasi di Kolej Siswi & Bangunan Pentadbiran

Unit Elektrik
1) Merancang, melaksana dan menyelia Projek Pembangunan, Naiktaraf dan Ubahsuai.
2) Menjalankan kerja-kerja selenggaraan, kawalan dan pembaikan elektrik HT & LV
3) Memantau kualiti bekalan kuasa dan memastikan bekalan elektrik tidak terputus
4) Menyediakan spesifikasi kerja elektrik dan penyediaan dokumen sebutharga.
5) Membuat bacaan meter dan mengeluarkan bil elektrik kepada penyewa premis perniagaan dikampus.
6) Menyelenggara sistem PABX, PA dan Telekomunikasi.
7) Melaksana Operasi penyelenggaraan lampu jalan & kawasan.
8) Membuat persiapan elektrikal untuk program rasmi UiTM dan pelajar.
9) Menyediakan persiapan tempat dan peralatan bagi aktiviti rasmi UiTM dan pelajar
10) Menyelenggara peralatan persediaan majlis
11) Menyediakan inventori peralatan untuk persediaan majlis
12) Melaksana kerja-kerja penyusunan kerusi & meja untuk ujian /peperiksaan di Dewan Besar dan Dewan Serbaguna Dahlia.
13) Membuat pemantauan & menurunkan banner di dalam kampus

Unit Mekanikal
1) Merancang, melaksana dan menyelia Projek Pembangunan, Naiktaraf dan Ubahsuai.
2) Menjalankan kerja-kerja selenggaraan, kawalan dan pembaikan Hawadingin, Sistem Cegah Kebakaran dan Water Dispenser.
3) Memantau Sistem bekalan air bersih dan menyelenggara paip air dan tangki air.
4) Menyediakan spesifikasi kerja mekanikal dan penyediaan dokumen sebutharga.
5) Membuat bacaan meter dan mengeluarkan bil air kepada penyewa premis perniagaan dikampus.
6) Memantau dan menyelenggara Sistem Loji Kumbahan dan Tangki Septik.
7) Menyedia sebutharga dan mengawasi kerja-kerja membina meja Makmal Sains.

Unit Ukur Bahan
1) Menyemak anggaran jabatan yang disediakan oleh pegawai projek.
2) Membuat analisa tender dan sebutharga bagi semua projek dan kerja penyelenggaraan.
3) Menyemak tuntutan pembayaran kontraktor bagi kerja projek dan penyelenggaran.
4) Memastikan perlaksanaan projek dan penyelenggaraan mengikut prosidur undang-undang kontrak dan peraturan perolehan kerajaan Malaysia/UiTM.
5) Memastikan dan memantau semua projek tender dan sebutharga sehingga akaun ditutup.
6) Menyelaras kerja-kerja yang melibatkan arahan perubahan kerja (VO) dan tambahan masa (EOT)

Client’s Charter

  • Memastikan aduan kerosakan dari pelanggan diberi respon dalam tempoh 1 jam dari masa penerimaan aduan.
  • Memastikan permohonan kerja-kerja ubahsuai dan naiktaraf dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas kelulusan Jawatan Kuasa Ubahsuai Dalaman(JKUD) UiTM.
  • Memastikan setiap gangguan bekalan elektrik dipulihkan dalam masa 2 jam dari masa penerimaan aduan.
  • Memastikan setiap pelanggan memperolehi layanan dan perkhidmatan yang terbaik.
  • Memastikan kemudahan fizikal dan infrastruktur selamat dan kondusif kepada warga kampus dan pelawat.