Pada 13 Januari 2004, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah diisytiharkan secara rasmi oleh Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM di Majlis Pelancaran CITU yang diadakan di INTEKMA Resort and Convention Centre Shah Alam. Dengan penubuhan ini, Pusat Khidmat Nasihat Agama, Pusat Pendidikan Islam dan Unit Zakat telah digabungkan menjadi satu organisasi. UiTM Induk dan semua UiTM cawangan terlibat dalam penggabungan Unit CITU. CITU UiTM Perlis telah ditubuhkan pada tarikh yang sama iaitu 13 Januari 2004.
Objektif
- Memperkukuhkan penyebaran dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program akademik dan bukan akademik dengan cara yang berkualiti.
- Menawarkan kursus dan memfokuskan kepada kegiatan keilmuan dalam perlbagai disiplin di universiti mengikut perspektif Islam.
- Memastikan kejayaan keserjanaan ilmu dan penyelidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan.
- Menyelaras program pengembangan dan kefahaman Islam melalui pengkongsian kepakaran, sumber dan hubungan dengan organisasi dalaman ataupun luaran.
- Menyusun semua struktur dan program khidmat professional kemasyarakatan seperti khidmat nasihat agama.
- Menggiatkan dan meninggikan budaya penyelidikan dan perundingan dalam bidang keislaman.
- Mengaplikasi budaya ICT dalam pengajaran, pembelajaran dan khidmat professional kemasyarakatan.
- Mendidikan dan melahirkan pelajar yang bertakwa yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Visi
Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam yang tersohor demi pembangunan ummah.
Misi
- Mempelbagaikan kursus-kursus professional dan separa professional berorientasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
- Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.
- Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.
Pelajar
1) Menawarkan bimbingan keagamaan kepada pelajar dengan mengalirkan mereka kepada agama Islam dan nilai-nilai murni berlandaskan akidah Islam.
2) Menawarkan kursus berorientasikan Islam di semua fakulti setiap semester.
3) Memproses permohonan bantuan zakat dikalangan warga UiTM dua (2) minggu selepas ditemuduga.
Warga UiTM
1) Membantu warga UiTM melalui khidmat bimbingan dan nasihat agama secara individu dan kelompok.
2) Memproses aduan dan permohonan pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
Majikan
- Merancang, melaksana dan menyelia Projek Pembangunan, Naiktaraf dan Ubahsuai.
Masyarakat
- Mengisi program kemasyarakatan setiap tahun.


