Bahagian Pentadbiran merupakan nadi pengurusan pentadbiran bagi seluruh sistem UiTM Perlis yang bertanggungjawab dalam urusan pembangunan dan pengurusan sumber manusia.
Objectives
Mewujudkan sistem pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang cekap dan berkesan melalui perkhidmatan yang berfokuskan pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni.
Function
- Pengurusan Sumber Manusia seperti perjawatan dan pengambilan staf Akademik dan Pentadbiran, cuti, perhubungan & kebajikan staf dan sara ubat klinik panel.
- Pentadbiran Am dan Latihan seperti urusan mel dan bayaran bil pelbagai, pengurusan kenderaan serta menyediakan latihan dan program-program pembangunan sumber manusia.
Extra Information
Bahagian Pentadbiran beriltizam mencapai objektif dengan :-
- Menguruskan perlantikan staf akademik dan sokongan dalam tempoh 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup iklan.
- Menguruskan persaraan staf UiTM Perlis di dalam tempoh minimum 1 (satu) tahun dengan memastikan pesara dibayar pencen secara award gantian cuti rehat 2 (dua) bulan selepas persaraan.
- Menyediakan peluang peningkatan ilmu, keupayaan dan kemahiran yang berterusan dengan kos yang berpatutan bagi menyokong objektif pembangunan diri dan staf.
- Memastikan elaun lebih masa dibuat pengesahan pembayaran dan dihantar ke Bahagian Kewangan sebelum 10hb setiap bulan.
- Memastikan staf yang memohon surat jaminan hospital menerimanya dalam tempoh 5 (lima) minit.
- Penyerahan wang bantuan pengurusan jenazah dilaksanakan pada hari kematian staf.
- Memastikan kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA
Kampus Perlis
02600 Arau
Perlis
Tel : 04-988 2000
Fax: 04-988 2203



