Kompleks Cengal menyediakan kemudahan asrama kediaman bagi menempatkan mahasiswa (lelaki) dengan dilengkapi pelbagai prasarana. Kompleks ini mempunyai 7 buah blok asrama iaitu blok Kolej Cengal 1, Cengal 2, Cengal 3, Cengal 4, Cengal 5, Cengal 6 dan Cengal 7. Kompleks Cengal mampu menampung kapasiti 2129 penghuni. Setiap blok kolej mempunyai 2 buah unit rumah Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) yang bertindak sebagai Pegawai Residen.
Kompleks Cengal dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana berikut:-

KOLEJ CENGAL 1
Blok kolej Cengal 1 dibuka pada tahun 1980 dengan bangunan setinggi 4 tingkat. Cengal 1 dahulunya dikenali sebagai kolej Halban dan Cendana. Blok ini mampu menampung kapasiti 309 pelajar. Muatan setiap bilik adalah untuk 3 orang dan bilik OKU untuk 2 orang.
KOLEJ CENGAL 2
Cengal 2 dahulunya dikenali sebagai Kolej Resak. Dibuka pada tahun 1990 dan mempunyai 4 tingkat. Kolej ini mampu menampung kapasiti pelajar seramai 291 orang. Kolej ini menyediakan kemudahan bilik untuk 3 orang dan berempat. Blok ini juga menempatkan pejabat pentadbiran Unit Pengurusan Kolej Siswa.
KOLEJ CENGAL 3
Kolej Cengal 3 dahulunya dikenali sebagai kolej Kempas. Blok ini dibina pada tahun 1990 dan kini telah berusia 11 tahun. Mempunyai kapasiti muatan sebanyak 304 orang dengan 4 tingkat ketinggian dan menempatkan pelajar yang terdiri dari pasukan beruniform seperti Komander KESATRIA NEGARA dan PALAPES. Mempunyai kemudahan bilik untuk 3 orang.
KOLEJ CENGAL 4
Blok kolej Cengal 4 dahulunya dikenali sebagai Kolej Pulai. Kolej ini mampu menampung jumlah pelajar seramai 304 orang dengan ketinggian 4 tingkat dan menyediakan kemudahan bilik untuk 3 orang. Dibina pada tahun 1990. Blok ini baru sahaja menjalani proses transformasi bangunan dan mula beroperasi pada Mei 2011. Blok ini dibina pada tahun 1990.
KOLEJ CENGAL 5
Kolej Cengal 5 dahulunya dikenali sebagai Kolej Jati dan terletak berhadapan Masjid An-Nur. Blok ini mempunyai 4 tingkat dengan kapasiti muatan pelajar seramai 305 orang. Menyediakan kemudahan bilik seorang, berdua (OKU) dan bertiga. Dibuka pada tahun 1980 dan kini telah berusia 31 tahun.
KOLEJ CENGAL 6
Kolej Cengal 6 dahulunya dikenali sebagai kolej Damak. Blok Cengal 6 dibina pada tahun 1980 dan mempunyai ketinggian 4 tingkat serta mampu menampung kapasiti muatan 309 orang. Menyediakan kemudahan bilik untuk seorang dan bertiga.
KOLEJ CENGAL 7
Blok Cengal 7 dahulunya dikenali sebagai kolej Nyatoh. Blok ini mampu menampung kapasiti 307 orang pelajar dengan muatan 3 orang sebilik. Kolej ini dibina pada tahun 1990 dengan ketinggian 4 tingkat. Ia terletak di kawasan tengah Kompleks Cengal.


