Kompleks Kesinai menyediakan kemudahan asrama kediaman bagi menempatkan mahasiswi (wanita) dengan dilengkapi pelbagai prasarana. Kompleks ini mempunyai 4 buah blok asrama iaitu blok Kolej Kesinai 1, Kesinai 2, Kesinai 3 dan Kesinai 4. Kompleks Kesinai mampu menampung kapasiti 1022 penghuni. Setiap blok kolej mempunyai 2 buah unit rumah Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) yang bertindak sebagai Pegawai Residen.
Kompleks Kesinai dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana berikut:-

KOLEJ KESINAI 1
Kolej Kesinai 1 pada asalnya dikenali sebagai Kolej Mayang. Mula dibuka pada tahun 1980 dengan ketinggian 4 tingkat. Kolej ini mampu memuatkan seramai 208 orang pelajar pada satu-satu masa. Menyediakan kemudahan bilik untuk berdua.
KOLEJ KESINAI 2
Kolej Kesinai 2 pada asalnya dikenali sebagai Kolej Siding. Dibuka pada tahun 1980 dengan ketinggian 4 tingkat. Kolej ini mampu memuatkan seramai 208 orang pelajar. Setiap bilik disediakan untuk muatan bertiga.
KOLEJ KESINAI 3
Kolej Kesinai 3 dibina pada tahun 1990 dan pada asalnya dikenali sebagai Kolej Inai. Kolej ini mampu memuatkan seramai 303 orang pelajar pada satu-satu masa di kesemua 4 tingkat blok kediaman.
KOLEJ KESINAI 4
Kolej Kesinai 4 pada asalnya dikenali sebagai Kolej Teja. Dibina pada tahun 1990 dengan ketinggian 4 tingkat dan kolej ini mampu memuatkan seramai 303 orang pelajar pada satu-satu masa. Menyediakan bilik untuk muatan bertiga.


