Kompleks Dahlia menyediakan kemudahan asrama kediaman bagi menempatkan mahasiswi (wanita) dengan dilengkapi pelbagai prasarana. Kompleks ini mempunyai 2 buah blok asrama iaitu blok Dahlia 1, Dahlia 2, dan 34 unit rumah di blok Beringin. Kompleks Dahlia mampu menampung kapasiti 2828 penghuni. Setiap blok kolej mempunyai 10 buah unit rumah Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) yang bertindak sebagai Pegawai Residen.
Kompleks Dahlia dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana berikut:-

KOLEJ DAHLIA 1
Kolej Dahlia 1 pada asalnya dikenali sebagai Kolej Cengal. Kolej ini mampu memuatkan seramai 1262 orang pelajar. Kolej ini dibina pada tahun 2000 dengan ketinggian 4 tingkat dan menyediakan bilik untuk bertiga dan berempat.
KOLEJ DAHLIA 2
Kolej Dahlia 2 pada asalnya dikenali sebagai Kolej Dahlia. Kolej ini mampu memuatkan seramai 1262 orang pelajar pada satu-satu masa. Mulai dibuka pada tahun 2000 dengan ketinggian 4 tingkat bangunan dan menyediakan muatan untuk 3 dan 4 orang sebilik.
KOLEJ BERINGIN
Kolej Beringin merupakan salah satu kolej yang tertua di UiTM Perlis dan mula dibina pada tahun 1980. Ia mula beroperasi pada peringkat awal pembukaan kampus UiTM Perlis ini. Kolej ini dibina dalam bentuk unit-unit rumah teres yang berasingan dan berjumlah 34 unit keseluruhannya. Kolej ini mampu memuatkan seramai 304 orang pelajar pada satu-satu masa.


