Pengenalan
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi merupakan sebuah fakulti baharu yang ditubuhkan untuk memainkan peranan penting dalam menghasilkan profesional yang terlatih di dalam semua bidang pertanian dan berkaitan di dalam negara. Ianya ditubuhkan pada Julai 2010 dan terus bergerak ke hadapan dalam menawarkan pelbagai program berkaitan perladangan dan pertanian pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah.
Diploma Pengurusan Ladang merupakan program mercu untuk Fakulti Sains Gunaan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Gunaan, Institiut Teknologi MARA sewaktu ianya ditubuhkan pada tahun 1965 di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. Sekarang ianya ditawarkan di fakulti di Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak dan Melaka. Selain itu, ianya juga ditawarkan di Kolej Risda, Melaka di bawah program sangkutan Kolej Bersekutu.
Bidang kajian yang ditawarkan oleh fakulti termasulah Pengurusan Ladang dan Agribisnes, Teknologi Hortikultur, Kejuruteraan Pertanian, Bioteknologi Pertanian, Perlindungan Tanaman, Sains Tanaman dan Sains Tanah.
Fakulti mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyebarkan, menyampaikan dan memupuk pembangunan intelektual dan kajian untuk memenuhi keperluan di dalam perubahan sektor perladangan dan pertanian. Program baru akan ditawarkan pada masa hadapan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan golongan profesional dan juga usahawan yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai kepakaran dan juga kemahiran di dalam bidang perladangan dan pertanian.
VISI
Untuk menjadi fakulti unggul di dalam Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi melalui pembelajaran, kajian dan aktiviti perundingan.
MISI
Untuk mengukuhkan kecermerlangan akademik di peringkat antarabangsa melalui pengajaran dan pembelajaran, kajian dan perkhidmatan profesional untuk merangsang transformasi di dalam sektor perladangan dan pertanian.
OBJEKTIF
- Untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing dan mampu membawa transformasi di dalam bidang perladangan dan pertanian.
- Umtuk menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan di dalam bidang pengurusan ladang dan agroteknologi
- Untuk membangunkan bidang perladangan dan agroteknologi di dalam kaedah yang lebih khusus dan terperinci melalui penawaran program baharu untuk memenuhi keperluan negara untuk masa sekarang dan akan datang
Kursus
| Facebook Rasmi Latihan Praktik | | Facebook Rasmi Persatuan Planter's Guild | Facebook Rasmi Fakulti Perladangan & Agroteknolgi
Kampus Utama : Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Pengurusan
Ketua Pusat Pengajian : Mohd Saiful Akbar Bin Mohamad Sahal
Telefon : 04-988 2904/ 2713
Fax : 04-988 2526
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.