Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis
Latarbelakang KKUUiTM
KKUUiTM yang bermaksud Kesatuan Kerja Umum UiTM adalah sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan pada 17 Februari 1974 dengan No. Pendaftaran 499 dan pejabatnya ditempatkan di alamat Tingkat 14, Bangunan Menara ITM Shah Alam.Dan buat masa sekarang Pejabat KKUUiTM ditempatkan No. 932, Aras 3, Blok 9, Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.Pada tahun 1999 setelah ITM dinaiktarafkan kepada universiti maka KKU juga telah menukarkan nama singkatan dari KKUITM kepada KKUUiTM agar ia selaras dengan kehendak universiti.
Tujuan Kesatuan
- Mengadakan sebuah pertubuhan yang lengkap bagi staf sebagaimana yang ditentukan dalam peraturan iaitu staf sokongan, staf profesional kecuali mereka yang mempunyai kedudukan pengurus, dan menjalani urusan sulit atau yang mengawal keselamatan.
- Mengatur atau menjalin hubungan baik di antara majikan dengan pekerja, ahli dengan ahli atau ahli-ahli dengan mana-mana hubungan agar dapat menyelesaikan persilihan di antara mereka dengan cara persahabatan dan bermuafakatan.
- Memajukan kebajikan ahli dari kebendaan, kemasyarakatan, pelajaran atau sebagainya dengan cara halal yang difikirkan munasabah.
- Memberi bantuan guaman kepada ahli yang memerlukan bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan jika perlu
- Mewujudkan saluran perhubungan di antara majikan dan pekerja.
- Menjaga kebajikan dan faedah anggota-anggota.
- Mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaian perusahaan.
- Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota.
- Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara daftar anggota.
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja.
- Menguruskan kewangan dan menyelenggara akaun kesatuan sekerja mengikut undang-undang.
- Memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
Carta Organisasi
Informasi
KADAR SUMBANGAN KKUUiTM
Sumbangan kepada pemohon-pemohon yang layak adalah mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan:
BIL | RUJUKAN | PERKARA | JUMLAH |
1. | 10(i) | Kematian Anggota / Ahli | RM500.00 |
2. | 10(ii) | Kematian Suami / Isteri | RM300.00 |
3. | 10(iii) | Kematian Anak-anak dan Anak Tiri Dalam Tanggungan Ahli | RM200.00 |
4. | 10(iv) | Kematian Ibu Bapa | RM200.00 |
5. | 11 | Bantuan Ahli-ahli semasa Di rawat di hospital (i) 10hari = RM150.00/RM15.00 Sehari | RM150.00 |
6. | 12(i) |
Bantuan kerana mengalami kecederaan (Hilang/Cacat) akibat kemalangan. Bergantung pada budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja dengan syarat tidak melebihi RM300.00 |
RM250.00(cacat anggota) RM50.00(simpati) |
7. | 13.(i) |
Bantuan Bencana Alam Nilai kerosakan Harta benda 1 tahun sekali Pembayaran yang seterusnya terpulang kepada Majlis Jawatankuasa Kerja dengan syarat tidak melebihi RM300.00 |
RM300.00 |
8. | 14(i) | Sumbangan kepada Ahli Pesara | RM300.00 |
9. | 15(i) | Sumbangan ahli yang dibersarakan atas sebab kesihatan(Sekali Sahaja) | RM200.00 |
10. | 16 |
Sumbangan Pendidikan kepada Anak-anak Ahli
|
|
Muat Turun
![]() |
Tel : +604-9882000
|
![]() |
Faks : +604-9882110
|
![]() |