PENGENALAN
Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jatidiri mahasiswa melalui kepelbagaian budaya di dalam memupuk sikap dan toleransi yang tinggi kepada para pelajar. Justeru itu, Unit Kebudayaan yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kesenian dan kebudayaan ini. Unit Kebudayaan ini telah mula beroperasi pada 16 Julai 2007 di bawah penyelarasan Penolong Pegawai Kebudayaan dan ditempatkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Fungsi unit adalah memberi perkhidmatan kepada seluruh warga kampus dalam aktiviti atau program yang berkaitan dengan kebudayaan.
VISI
Menjadi unit pengurusan aktiviti kebudayan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing sekaligus mampu mempertingkatkan kecemerlangan dalam pencapaian ke arah pembangunan dan pengembangan seni budaya
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam mempertingkatkan keilmuan dan kemahiran para pelajar dalam bidang seni warisan dan budaya agar dapat dipelihara sehingga ke generasi yang akan datang
OBJEKTIF
- Mencungkil bakat serta kebolehan warga kampus dalam bidang kesenian dan kebudayaan
- Melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, inovatif dan kreatif ke arah mencapai matlamat wawasan negara
- Memberi pendedahan kepada warga kampus berkaitan kesenian dan kebudayaan dalam memelihara seni warisan dan budaya negara
- Menyediakan persembahan kebudayaan yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pelanggan di samping menyokong dasar pembangunan negara
FUNGSI
Unit Kebudayaan bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan kegiatan kebudayaan serta menyediakan peralatan dan kemudahan kepada warga kampus di dalam program berkaitan kebudayaan.
- Merancang dan menguruskan segala aktiviti atau program yang berkitan dengan kebudayaan sama ada di dalam atau di luar kampus
- Menyediakan kostum, peralatan dan ruang latihan kepada warga kampus terutamanya para pelajar yang terlibat dengan program kebudayaan untuk memperkembangkan bakat mereka
- Memberi latihan yang bersesuaian mengikut kehendak program kebudayaan yang berkaitan sama ada di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
- Menjana perkembangan ilmu bagi memelihara nilai-nilai estetika kesenian dan kebudayaan dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan seni warisan budaya negara
HUBUNGI KAMI
Nor Fadhilah Mohamad Noor Akae
Penolong Pegawai Kebudayaan
Unit Kebudayaan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis Kampus Arau
02600 Arau Perlis
T : 04-988 2234
F : 04-988 2411
E : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.