PENGENALAN
SEJARAH DAN LATARBELAKANG BPPF
Pejabat Pengurusan Fasiliti telah ditubuhkan pada tahun 1972, dan ia dikenali sebagai Pejabat Jurutera Tempatan ketika itu. Pejabat Jurutera Tempatan ditukarkan namanya kepada Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan pada tahun 1982. Pada tahun 1994, Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan dikenali sebagai Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan.
Pada 15hb september 1995, Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan diasingkan dibawah ketua pentadbiran yang berasingan. Ini adalah kerana fungsi Pejabat Pembangunan dan Pejabat Penyelenggaraan semakin bertambah luas. Kedua-dua jabatan ini diletakkan terus dibawah Pejabat Canseleri. Pada Ogos 1999, ITM telah diisytiharkan sebagai Universiti Teknologi MARA dan perkembangan ini menjadikan Pejabat Penyelenggaraan berperanan lebih meluas kerana Pejabat Penyelenggaraan terlibat secara langsung terhadap perkembangan, pembangunan, dan kemajuan Universiti Teknologi MARA.
Dalam memantapkan pencapaian visi Universiti Teknologi MARA ke arah menjadi sebuah institusi pengajian awam yang bertaraf global, penstrukturan dan penamaan semula Pejabat Penyelenggaraan telah dibuat pada 4 Januari 2006 dan dengan rasminya bertukar nama daripada Pejabat Penyelenggaraan kepada Pejabat Pengurusan Fasiliti.
VISI BPPF
Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi Universiti.
MISI BPPF
Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta menoptimumkan penggunaan aset secara professional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan,pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti.
OBJEKTIF KUALITI JABATAN
- Aduan kerosakan dikurangkan sebanyak 10% setahun dari tahun sebelumnya.
- Membuat kawalan supaya kadar kegunaan tenaga yang digunakan tidak melebihi KWH 6,947,010 sebulan atau 30 sen setiap kaki persegi sebulan bagi tempoh setahun.
- Membuat kawalan supaya kos operasi tidak melebihi 50 sen/kaki persegi sebulan bagi tempoh setahun.
- Memastikan 80% keputusan kajian kepuasan pelanggan pada tahap memuaskan bagi tempoh setahun.
- Memastikan 80% staf yang menghadiri kursus/latihan teknikal (khusus) memenuhi kriteria kekompetenan/kemahiran masing-masing bagi tempoh setahun.
- Memastikan 80% latihan yang dirancang dilaksanakan dalam tempoh setahun.
- Memastikan 80% aduan kerosakan dibaikpulih dalam tempoh 3 hari bekerja dan 20% aduan kerosakan dibaikpulih dalam tempoh 7 hari bekerja bagi tempoh setahun.
- Memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi segala langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh BKKP PPF untuk mengelakkan kemalangan jiwa di tapak kerja bagi tempoh setahun.
- Memastikan inisiatif staf (kerosakan) ditingkatkan 10% berbanding tahun sebelumnya dalam tempoh setahun.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan aduan kerosakan dari pelanggan diberi respon dalam tempoh 1 jam dari masa penerimaan aduan.
- Memastikan permohonan kerja-kerja ubahsuai dan naiktaraf dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas kelulusan Jawatankuasa Ubahsuai Dalaman/Luaran (JKUD) UiTM.
- Memastikan gangguan bekalan elektrik dipulihkan dalam masa 2 jam dari masa penerimaan aduan.
HUBUNGI KAMI |
Encik Mohd Junaidy Bin Ilyas Jurutera Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis 02600 Arau Perlis Tel: 04-9882008/2331 Fax : 04-9882334 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
e-Aduan Fasiliti <-------- Klik Untuk Membuat Laporan Kerosakan Secara Atas Talian