UiTM Cawangan Perlis raikan 890 graduan pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96

27 Mei 2023 - Seramai 890 orang graduan UiTM Cawangan Perlis telah bergraduat pada Sidang ke-13 Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, Shah Alam. Istiadat tersebut dihadiri oleh pihak pengurusan serta staf akademik UiTM Cawangan Perlis. Para penerima skrol merupakan graduan daripada Fakulti Sains Gunaan; Fakulti Pengurusan dan Perniagaan; Kolej Alam Bina; Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media; Fakulti Perladangan dan Agroteknologi; Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi; serta Fakulti Perakaunan yang telah tamat pengajian pada Sesi 2 2020/2021. 

Sesi penganugerahan skrol telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor. Sekalung tahniah diucapkan kepada para graduan, ibu bapa, dan penjaga di atas kejayaan menamatkan pengajian. Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada staf akademik dan bukan akademik yang turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar meraih kejayaan mereka. 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
 

 : +604-9882000

 : +604-9882019

korporatperlis@uitm.edu.my