User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

Akademi Pengajian Bahasa (APB) ditubuhkan dengan tujuan untuk mengkoordinasikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan juga bahasa-bahasa Asia dan Eropah sebagai bahasa ketiga kepada semua pelajar yang berada dalam sistem UiTM. Untuk itu, pengajaran dan pembelajaran kesemua bahasa ini disentralisasikan mengikut keperluan pelajar-pelajar dari pelbagai bidang yang berlainan mengikut fakulti masing-masing.  

Kurikulum Bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa asing lain dirancang bagi memenuhi keperluan pelajar yang sentiasa bertambah untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai bukan sahaja Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, tetapi juga bahasa-bahasa ketiga yang lain yang menjadi pilihan mereka semasa di UiTM. Penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ketiga adalah penting supaya apabila pelajar-pelajar ini tamat pengajian di UiTM, mereka akan dapat berdaya saing dengan graduan-graduan lain untuk merebut peluang pekerjaan dari organisasi-organisasi  yang mementingkan keupayaan penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa asing.

Akademi Pengajian Bahasa berpusat di UiTM Malaysia, Shah Alam yang mana semua urusan mengenai perjalanan kursus-kursus Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ketiga yang ditawarkan dijalankan di sana. Perjalanan dan tatacara kursus-kursus yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Bahasa, UiTM (Perlis) adalah menepati dan mengikut perancangan yang dijalankan di APB, Shah Alam dari segi kurikulum, silibus, jam temu, spesifikasi ujian dan sebagainya. Namun begitu, pensyarah-pensyarah dari kampus-kampus negeri sentiasa terlibat dengan setiap perancangan yang dijalankan.

Di UiTM (Perlis), Akademi Pengajian Bahasa menawarkan kursus-kursus Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Jepun kepada semua pelajar UiTM (Perlis) dari pelbagai fakulti. Selain daripada itu, APB, UiTM (Perlis), turut menawarkan Kursus Kemahiran Bahasa (KKB) dan kursus-kursus bahasa di bawah Pakej Khas untuk orang awam dan organisasi yang berminat untuk mempelajari dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Arab, dan Mandarin. 

 

Visi, Misi, dan Objektif Akademi Pengajian Bahasa, UiTM (Perlis)

 

Visi

Menjadi Jabatan Bahasa yang unggul di wilayah utara untuk melahirkan pelajar Bumiputera yang mahir dalam penggunaan bahasa sama ada dalam bidang akademik atau professional dan juga menawarkan khidmat bahasa yang berkualiti kepada individu dan badan-badan korporat.

 

Misi

Meningkatkan kualiti pengurusan serta sistem pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dengan hasrat untuk menjadi sebuat jabatan yang unggul di wilayah utara.

 

Objektif

  1. Membantu pelajar dalam penggunaan bahasa semasa proses pembelajaran di UiTM.
  2. Melahirkan pelajar yang menguasai pelbagai bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan cekap dalam ketjaya dan social.
  3. Meningkatkan kemahiran dan kelayakan tenaga pengajar melalui pendedahan kepada metodologi dan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
  4. Menjalinkan hubungan professional dan akademik antara tenaga pengajar universiti ini dengan institusi pengajian tinggi lain dan industri kawasan utara dan juga luar negeri.
  5. Membentuk unit-unit pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa ketiga lain yang ditawarkan.
  6. Menawarkan kursus-kursus bahasa kepada masyarakat setempat dan luar.

 

 

Struktur Akademi Pengajian Bahasa, UiTM (Perlis)

APB UiTM (Perlis) mempunyai kekuatan tenaga pensyarah seramai 41 orang dan diketuai oleh seorang Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan setiap bidang bahasa mempunyai penyelaras masing-masing. KPP bertanggungjawab dalam mentadbir dan memastikan APB UiTM (Perlis) dapat memberikan perkhidmatan sebagai fakulti ‘servicing’ kepada fakulti-fakulti lain yang berada di UiTM (Perlis). Selain daripada itu, beliau juga bertanggungjawab kepada semua pensyarah bahasa. Penyelaras-penyelaras Bahasa pula bertanggungjawab terhadap setiap bahasa yang dipegang mereka.

 

Hubungi Kami

Pn. Fazmawati Zakaria
Ketua Pusat Pengajian
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA (Perlis)
02600 Arau, Perlis.

Tel: +604-9882514

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.