User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi merupakan sebuah fakulti baharu yang ditubuhkan untuk memainkan peranan penting dalam menghasilkan profesional yang terlatih di dalam semua bidang pertanian dan berkaitan di dalam negara. Ianya ditubuhkan pada Julai 2010 dan terus bergerak ke hadapan dalam menawarkan pelbagai program berkaitan perladangan dan pertanian pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Diploma Pengurusan Ladang merupakan program mercu untuk Fakulti Sains Gunaan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Gunaan, Institiut Teknologi MARA sewaktu ianya ditubuhkan pada tahun 1965 di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. Sekarang ianya ditawarkan di fakulti di Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak dan Melaka. Selain itu, ianya juga ditawarkan di Kolej Risda, Melaka di bawah program sangkutan Kolej Bersekutu.

Bidang kajian yang ditawarkan oleh fakulti termasulah Pengurusan Ladang dan Agribisnes, Kejuruteraan Pertanian, Bioteknologi Pertanian, Perlindungan Tanaman, Sains Tanaman dan Sains Tanah.

Fakulti mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyebarkan, menyampaikan dan memupuk pembangunan intelektual dan kajian untuk memenuhi keperluan di dalam perubahan sektor perladangan dan pertanian. Program baru akan ditawarkan pada masa hadapan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan golongan profesional dan juga usahawan yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai kepakaran dan juga kemahiran di dalam bidang perladangan dan pertanian.


 VISI

Untuk menjadi fakulti unggul di dalam Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi melalui pembelajaran, kajian dan aktiviti perundingan.

 

MISI

Untuk mengukuhkan kecermerlangan akademik di peringkat antarabangsa melalui pengajaran dan pembelajaran, kajian dan perkhidmatan profesional untuk merangsang transformasi di dalam sektor perladangan dan pertanian.

 

OBJEKTIF

  • Untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing dan mampu membawa transformasi di dalam bidang perladangan dan pertanian.
  • Umtuk menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan di dalam bidang pengurusan ladang dan agroteknologi
  • Untuk membangunkan bidang perladangan dan agroteknologi di dalam kaedah yang lebih khusus dan terperinci melalui penawaran program baharu untuk memenuhi keperluan negara untuk masa sekarang dan akan datang 

 

Kursus

Merupakan program yang terawal yang ditawarkan, pada asalnya ianya ditawarkan di Kampus Jalan Othman pada tahun 1965 dan kemudian program ini dipindahkan ke kampus Perlis pada tahun 1974 di Padang Katong, Kangar Perlis. Pelajar yang mengikuti program ini akan diajar mengenai teknik terbaru mengenai Pengurusan Ladang, Sains Pertanian, Mekanisasi Ladang, Perakaunan, Sains Tumbuhan, Ekonomi Pertanian, Sains Tanah, Perhubungan Industri, Pengurusan Sumber Manusia, Kejuruteraan Pertanian, Pengembangan Pertanian dan Pemasaran Pertanian. Graduan program ini berpeluang untuk menyambung pengajian di dalam bidang berkaitan yang ditawarkan oleh institiusi pengajian tinggi samada di dalam ataupun di luar negara. Graduan yang cemerlang mempunyai peluang kerjaya di dalam industri berkaitan perladangan dan agroteknologi dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Syarat kelayakan sila layari laman web pengambilan

 

| Facebook Rasmi Latihan Praktik | Facebook Rasmi Persatuan Planter's Guild

Kampus Utama : Fakulti Perladangan & Agroteknologi

 

   Pengurusan


   Ketua Pusat Pengajian : Dr. Najihah Farhan Sabri

   Telefon : 04 988 2485

   Fax : 04 988 2526

   E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.