User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

Program akademik pertama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah diperkenalkan pada tahun 1995 di Kampus Induk Shah Alam dengan pengambilan pelajar sulungnya seramai 130 orang. Program peringkat Diploma ini terus berkembang melalui pengenalannya di kampus cawangan seperti Arau, Perlis dan Samarahan, Sarawak pada tahun 2002, di Jengka pada tahun 2009 dan di Seremban 3, Negeri Sembilan pada tahun 2014. Kini FSR menawarkan dua program peringkat Diploma, dua program peringkat Sarjana Muda, dua program peringkat Sarjana dan satu program peringkat Doktor Falsafah.

Kampus Arau telah membuat pengambilan pelajar mulai sesi Jun 2002 dengan pengambilan pelajar Diploma Sains Sukan dan Rekreasi seramai 117 orang.  Kini Kampus Arau menawarkan program Diploma Pengurusan Sukan & Rekreasi (SR111), Diploma Pengajian Sukan (SR113), program Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sukan (SR241) dan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sukan (SR243) dengan bilangan pelajar seramai 780 orang.

VISI

Visi FSR adalah untuk menjadi jabatan yang unggul di Wilayah Utara dengan menawarkan program-program sukan yang berorientasikan akademik dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi. 

MISI

Misi FSR adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan terkini dalam bidang sains sukan dan rekreasi menerusi penglibatan dalam program secara professional dan penyelidikan.

OBJEKTIF

  • melahirkan graduan yang telah diterapkan dengan ilmu pengetahuan  dan kemahiran yang menjurus dalam sains sukan seperti  kecergasan dan kejurulatihan.
  • memantapkan  pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sukan, kesenganggan dan rekreasi, komuniti dan kepimpinan dalam aktiviti kesenganggan.
  • melahirkan pakar dan professional dalam bidang sukan dan rekreasi. 

Kursus yang ditawarkan

Diploma Pengurusan Sukan & Rekreasi -  SR111
  •  Bidang pengurusan sukan dan rekreasi memberi pengenalan kepada pengetahuan teori pengurusan sukan, sukan dan rekreasi secara teori dan amali, prinsip ekonomi, rekreasi luar, aspek undang-undang di dalam sukan, kecergasan dan pengurusan acara. 
Diploma Pengajian Sukan -  SR113
  • Program ini direka untuk memberi pengenalan kepada pengetahuan teori pengurusan sukan, pertumbuhan fizikal dan pembangunan, memahami tingkah laku manusia, bio-mekanik, senaman fisiologi, sosiologi sukan, prinsip pencegahan kecederaan dan pengurusan acara.
  • Bidang pengajian sukan membolehkan pelajar melengkapkan pengajian sehingga dua tahun, dengan memperoleh kelebihan dari segi perpindahan kredit di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk subjek yang telah dipelajari berkaitan sains sukan mahupun pengurusan sukan.
Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sukan - SR241
  • Program ini menyediakan pengetahuan teori dan praktikal yang diperlukan untuk memahami perubahan tata tertib terhadap persekitaran sukan dan pengkhususan industri. 
  • Bidang pengurusan sukan menawarkan persediaan secara profesional kepada pelajar dari segi kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang sejajar dengan bidang kerjaya yang  bakal diceburi sama ada kesihatan, kecergasan mahupun rekreasi. 
Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sukan - SR243
  • Dalam bidang sains sukan, bidang kajian memberi tumpuan kepada penggunaan kaedah saintifik terhadap prestasi. Pengajian ini menyediakan para pelajar untuk bekerjaya di dalam industri kecergasan dan sukan, dengan/atau mana2 industri berkaitan dengan sains sukan.
  • Program ini menawarkan pengetahuan, latihan dan penyelidikan dalam sukan dan memberi peluang kepada pelajar untuk berkerja bersama atlet elit.   

Sarjana Muda (kepujian) Kesihatan & kecergasan -  SR245

  • Melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi profesional berkompeten dalam bidang kesihatan dan kecergasan.
  • Penekanan kepada asas-asas kesihatan dalam menyediakan latihan, nasihat dan perkhidmatan kesihatan, kecergasan fizikal dan nasihat pemakanan.
  • Mendedahkan pelajar kepada pendekatan yang holistik yang dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran, membina individu berintelek dalam disiplin sains dan teknologi, menggilap daya usaha keusahawanan serta memupuk sifat dan etika positif.

 


 

Pengurusan Fakulti 

En. Ahmad Fikri Bin Hj Mohd Kassim,
Ketua Pusat Pengajian,
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi,
UiTM Cawangan Perlis.
Telefon : +604-9882618
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi

En. Mohd Syafiq Bin Miswan,
Koordinator Kursus,
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Telefon : +604-9882509
Fax : 604-9882526

Alamat : Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis,
Kampus Arau, 02600 Arau, Perlis, Malaysia