User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Utama

Pengenalan

Jabatan Undang-undang diperkenalkan untuk memberikan khidmat pengajaran dan pembelajaran kursus undang-undang kepada beberapa fakulti di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis. Fakulti yang terlibat terdiri daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sukan dan Rekreasi dan Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Pelajar-pelajar dari fakulti berkenaan perlu mengambil subjek undang-undang sebagai keperluan untuk program mereka. Tujuan memperkenalkan subjek undang-undang kepada pelajar bukan undang-undang adalah untuk memastikan pelajar dapat memperolehi pengetahuan praktikal dan kontemporari tentang kerangka profesional, etika dan perundangan yang berkaitan dengan jurusan masing-masing. Pengetahuan ini sangat penting bagi pelajar apabila mereka menempuhi alam pekerjaan. 

 

Servis

Struktur 

Pelajar yang mendaftar untuk subjek undang-undang akan dinilai sepanjang semester. Penilaian adalah terdiri daripada penilaian berterusan dan peperiksaan akhir. Penilaian berterusan adalah sebanyak 40% markah manakala markah peperiksaan akhir adalah sebanyak 60%. Antara subjek undang-undang yang diperkenalkan kepada pelajar di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis adalah seperti berikut:

Fakulti

Subjek

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Business Law (LAW 416)

Fakulti Perakaunan,

Introduction to Commercial Law (LAW 240)

Fakulti Sukan dan Rekreasi

Legal Aspects in Sport and Recreation (SPS 331)

Law Relating to Sport and Recreation (SRL 251)

Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur

Fundamentals of Land Law and Regulations for Surveyor (GLS 275)

Land Law and Regulations (GLS 691)

 

Metodologi pengajaran yang diguna pakai oleh Jabatan Undang-undang ialah kuliah, tutorial dan blended learning. Universiti telah menyediakan platform yang baik untuk melaksanakan blended learning dengan menggunapakai sistem i-Learn. Penggunaan system i-Learn membolehkan pelajar dan pensyarah berinteraksi dengan selesa dan efektif kerana system ini bersifat interaktif.

Selain dari terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah-pensyarah di Jabatan Undang-undang juga bertindak memberi khidmat nasihat perundangan kepada unit-unit lain di Universiti. Para pensyarah juga terlibat dalam menyemak MoU, MoA dan kontrak yang berkaitan dengan Universiti. Selain itu, pensyarah undang-undang juga terlibat dalam memberi nasihat perundangan kepada Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Akademik dalam perbicaraan tatatertib pelajar.  

Aktiviti 

Senarai  

  • Senarai  

Galeri

Senarai   

  • Senarai 

Muat Turun

Senarai   

  • Senarai  

Hubungi Kami

Zeti Zuryani Mohd Zakuan (Dr.) 
Koordinator 
Jabatan Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA (Perlis)
02600 Arau, Perlis.

Tel: +604-988 2824

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.