User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

Fakulti Perakaunan adalah di antara fakulti-fakulti yang pertama diperkenalkan di UiTM Perlis pada tahun 1974. Bermula dengan penawaran AC110 Diploma Perakaunan di tahun 1974, program-program lain turut diperkenalkan iaitu AC220 Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) pada tahun 1997 dan AC120 Diploma Sistem Maklumat Perakaunan pada tahun 2004. Pengambilan pertama pelajar AC120 adalah seramai 15 orang. Kini, enrolmen pelajar AC120 di Fakulti Perakaunan UiTM Perlis adalah seramai 300 orang dengan anggaran 60 orang bagi setiap pengambilan. Pelajar boleh menamatkan program AC120 dengan mengambil program tersebut secara sepenuh masa untuk tempoh 2 tahun 6 bulan (5 semester). Program AC120 tidak dikendalikan separuh masa oleh Institut Perkembangan Ilmu (InED) http://www.ined.uitm.edu.my/). Pengambilan AC120 adalah dua tahun sekali iaitu di bulan Mac melalui Unit Pusat Universiti (UPU) dan di bulan November melalui UiTM. Pelajar dinilai secara berterusan dari ujian-ujian, case studies, assignment, pembentangan, dan peperiksaan akhir. Sebanyak 33 kursus perlu diikuti oleh pelajar AC120 untuk tempoh 2 tahun 6 bulan. Kursus-kursus yang dipelajari termasuklah Financial Accounting, Costing and Management Accounting, Accounting Information System, Mathematic, English, Economics, Marketing, Managemant, Law dan Pengajian Islam. Objektif utama program AC120 adalah bagi menghasilkan graduan bumiputera separa profesional yang berdaya saing di dalam bidang sistem maklumat dan perakaunan. Graduan AC120 boleh meneruskan pengajian ke bidang Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan juga Sarjana Muda Sistem Maklumat Perakaunan (Kepujian) samada di dalam atau luar negeri. Graduan juga boleh mengisi jawatan sebagai Penolong Akauntan, Exekutif Bank dan Pembantu Pegawai Kewangan.

Kejayaan graduan-graduan di Fakulti Perakaunan adalah atas usaha staf akademik dan staf sokongan di bawah pengurusan Ketua Pusat Pengajian. Staf akademik adalah seramai 24 orang.  

Program ditawarkan

AC120 Diploma Sistem Maklumat Perakaunan (DAIS)


Pengurusan Fakulti

Ketua Pusat Pengajian: Puan Hajjah Nazirah Naiimi

 

Alamat Perhubungan:

Puan Hajjah Nazirah Naiimi
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Perakaunan,
UiTM Perlis, 02600 Arau, Perlis
Tel: 04 - 988 2520 | Fax: 04-9882526
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.