User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Adalah menjadi harapan saya untuk melihat UiTM Cawangan Perlis ini berkembang dan berdaya saing dengan Universiti –universiti yang lain.UiTM Cawangan Perlis akan bergerak dari semua aspek bukan sahaja menumpukan dalam pembelajaran dan pengajaran, usaha yang lebih lagi perlu dalam penyelidikan dan inovasi. Ilmu yang ada perlulah diterjemahkan dalam bentuk produk kerana ianya dapat membantu dalam menjana pendapatan sekaligus dapat membantu menaikan nama UiTM Cawangan Perlis.

Selari dengan Visi UiTM, UiTM Cawangan Perlis juga akan bergerak kearah menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.Bagi memperkemaskan visi dan maksud kewujudan UiTM Cawangan Perlis ini, Misi UiTM Cawangan Perlis adalah dengan mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika profesional.

UiTM Cawangan Perlis juga menitik berat kebolehpasaran Garaduan (graduate employability) agar ianya selari dengan tuntuan dan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi. UiTM Cawangan Perlis dalam usaha meningkatkan nilai tambah graduan dengan memberi pendedahan professional, kemahiran, keterampilan dan sahsiah yang relevan dan sejajar dengan jurusan dan bidang yang dipilih. Melalui usaha begini sekaligus ianya dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh majikan sekaligus dapat menjadikan graduan UiTM Cawangan Perlis sebagai aset kepada majikan dan negara.

Selain dari itu, UiTM Cawangan Perlis dan seluruh sistem UiTM akan menjayakan Program Transformasi (Trans4U). Program Transformasi ini sangat penting bagi sistem UiTM kerana ianya melibatkan semua struktur dan peringkat. Saya berharap agar semua staf pentadbiran dan akademik serta pelajar UiTM Cawangan Perlis dapat bersama-sama menjayakan program Transformasi ini. Pengetahuan dan pemahaman secara menyeluruh mengenai pelan transformasi ini adalah sangat penting dalam kita sama- sama mencapai halatuju dan maksud transformasi itu sendiri agar UiTM menjadi sebuah universiti yang tersohor di dunia.

Besarlah harapan saya untuk melihat laman sesawang ini menjadi medium untuk menyampaikan semua maklumat kepada pengunjung mengenai UiTM Cawangan Perlis. Diharap ianya dapat membantu para pengunjung mengetahui kelebihan dan keunikan UiTM Cawangan Perlis dalam segenap aspek dan bidang. Saya berdoa agar segala yang dirancang serta diatur dapat direalisasikan serta dapat melonjakkan nama UiTM Cawangan Perlis sebagai Universiti unggul di pelbagai bidang.

Sekian Wassalam

YBrs. Tuan Zailuddin Ariffin
Rektor
UiTM Cawangan Perlis