Previous Next

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Seramai 1,301 graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerima ijazah masing-masing daripada YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-86 (5 Sidang)yang berlangsung selama dua hari bermula 15 -16 Mei 2017 di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis. 

 

Daripada jumlah itu, seramai 563 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 738 graduan menerima Diploma. Enam puluh empat (64) graduan UiTM Cawangan Perlis menerima Anugerah Naib Canselor (ANC). Istiadat ini merupakan perhimpunan rasmi kali ke-14 diadakan di UiTM Cawangan Perlis, penuh bermakna untuk meraihkan semua graduan yang terlibat termasuk para ibubapa dan para pensyarah yang telah memberi sokongan dan membantu para graduan dalam pengajian. 

 

Pelbagai aktiviti turut memeriahkan istiadat ini antaranya Majlis Perasmian Fiesta Harumanis, UiTM Cawangan Perlis, aktiviti pameran dan jualan hasil pertanian.