Previous Next

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

20 Jun 2017 - Majlis Ihtifal Ihya’ Ramadan @ IPT Perlis  bersama DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis. Majlis yang julung kali ini diadakan secara National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan dari enam (6) Institusi Pengajian Awam dan Swasta Negeri Perlis. Antara IPTA dan IPTS yang terlibat menjayakan majlis ini adalah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kolej Universiti Islam Perlis.  Majlis ini diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sebagai tuan rumah yang pertama. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM juga turut hadir bersama ke majlis ini.