Previous Next

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

13 Julai 2017 - Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis melancarkan Kedai Integriti atau kedai sebaneka tanpa penjaga di kampusnya di sini hari ini.
Menerusi pendekatan itu, secara tidak langsung, budaya amanah dan integriti dapat dipupuk di peringkat kampus khususnya dalam kalangan golongan mahasiswa.
 Konsep kedai yang bakal beroperasi di Anjung Siswa itu dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail perasmian Kedai Integriti sambil diiringi Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Mustaffa Mohamed Zain dan Rektor UiTM Perlis, Zailuddin Ariffin.