User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sebagai Kampus Cawangan UiTM yang ketiga tertua, UiTM Cawngan Perlis merupakan kampus cawangan yang terbesar selepas kampus induk Shah Alam.  UiTM Cawangan Perlis telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah sebuah institusi pengajian awam tersohor di Perlis.  Penubuhannya bermula dengan perasmian pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 258 orang yang mengikuti 6 program yang ditawarkan; 1 program persediaan dan 5 program diploma.  Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dan dibantu oleh 31 kakitangan pentadbiran dan staf sokongan.  Pada masa itu ia beroperasi di kampus sementara yang bertempat di sebuah bangunan Rumah Pengakap yang telah diubahsuai di Jalan Padang Katong, Kangar.  Kampus tetap ITM Perlis mula beroperasi pada tahun 1980 di atas sebidang tanah seluar 335 ekar di Arau. 

UiTM Cawangan Perlis telah berkembang pesat daripada aspek akademik dan juga fizikal.  Sebanyak 37 program iaitu 25 program Ijazah dan 12 program Diploma dan 2 program Pra Diploma (MDAB) ditawarkan oleh 7 buah Fakulti.  Sebagai kampus cawangan yang terbesar, kampus ini kini mempunyai 7227 orang pelajar sepenuh masa.  Bilangan kakitangan pula telah mencecah 775 orang yang mana 386 daripadanya ialah kakitangan akademik dan 389 ialah kakitangan bukan akademik.  Selain itu, pelbagai kemudahan infrastruktur juga disediakan.  Antaranya ialah 7 kolej kediaman siswa, 7 kolej kediaman siswi, 4 blok makmal sains, 12 makmal komputer, 2 makmalo bahasa, 7 bengkel kejuruteraan, sebuah dewan besar, sebuah masjid, sebuah stadium mini dan jimnasium.   Beberapa kemudahan seperti asrama, dewan dan jimnasium dibenarkan untuk disewa oleh orang ramai.

 

Objektif UiTM Cawangan Perlis

  • Melahirkan gradúan bumiputera profesional bertaraf dunia yang bertaqwa dan berdaya saing dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan kemanusiaan.
  • Menjadi pusat rujukan yang unggul dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan kemanusiaan serta pemangkin kepada Pembangunan di Utara Malaysia.
  • Membentuk dan memupuk nilai-nilai Islam untuk dipraktikkan oleh keseluruhan warga universiti.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif bertaraf dunia untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut UiTM Perlis telah merancang beberapa agenda untuk bahagian dan unit tertentu. Penekanan diberi kepada aspek-aspek berikut:

  1. Pemantapan Sistem Pengurusan
  2. Pembangunan Akademik
  3. Pembangunan Pelajar
  4. Pengurusan Kewangan
  5. Pengurusan dan Pembangunan Staf
  6. Pembangunan Prasarana
  7. Penyelidikan dan Inovasi