User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Falsafah, Visi, Misi, Objektif & Nilai Universiti

 

Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Misi
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

Objektif

  1. Memperluas akses pendidikan tinggi
  2. Menyediakan Pendidikan bertaraf dunia
  3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global
  4. Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
  5. Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
  6. Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien
  7. Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
  8. Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
  9. Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
  10. Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

Nilai

   Kecemerlangan
   Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh

   Sinergi
   Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat

   Integriti
   Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi

Informasi pelajar

Iklan Sebutharga Rasmi / Tender

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
Tel    : +604-9882000
Faks  : +604-9882019

Main Menu