Previous Next

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

 Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis

Latarbelakang KKUUiTM

KKUUiTM yang bermaksud Kesatuan Kerja Umum UiTM adalah sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan pada 17 Februari 1974 dengan No. Pendaftaran 499 dan pejabatnya ditempatkan di alamat Tingkat 14, Bangunan Menara ITM Shah Alam.Dan buat masa sekarang Pejabat KKUUiTM ditempatkan No. 932, Aras 3, Blok 9, Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.Pada tahun 1999 setelah ITM dinaiktarafkan kepada universiti maka KKU juga telah menukarkan nama singkatan dari KKUITM kepada KKUUiTM agar ia selaras dengan kehendak universiti.

Tujuan Kesatuan

  1. Mengadakan sebuah pertubuhan yang lengkap bagi staf sebagaimana yang ditentukan dalam peraturan iaitu staf sokongan, staf profesional kecuali mereka yang mempunyai kedudukan pengurus, dan menjalani urusan sulit atau yang mengawal keselamatan.
  2. Mengatur atau menjalin hubungan baik di antara majikan dengan pekerja, ahli dengan ahli atau ahli-ahli dengan mana-mana hubungan agar dapat menyelesaikan persilihan di antara mereka dengan cara persahabatan dan bermuafakatan.
  3. Memajukan kebajikan ahli dari kebendaan, kemasyarakatan, pelajaran atau sebagainya dengan cara halal yang difikirkan munasabah.
  4. Memberi bantuan guaman kepada ahli yang memerlukan bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan jika perlu
 

 Carta Organisasi

 

 Informasi

 KADAR SUMBANGAN KKUUiTM

 Sumbangan kepada pemohon-pemohon  yang layak adalah mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan:

BIL RUJUKAN PERKARA JUMLAH
1. 10(i) Kematian Anggota / Ahli RM500.00
2. 10(ii) Kematian Suami / Isteri RM300.00
3. 10(iii) Kematian Anak-anak dan Anak Tiri Dalam Tanggungan Ahli RM200.00
4. 10(iv) Kematian Ibu Bapa RM200.00
5. 11 Bantuan Ahli-ahli semasa Di rawat di hospital (i) 10hari = RM150.00/RM15.00 Sehari RM150.00
6. 12(i)

Bantuan kerana mengalami kecederaan (Hilang/Cacat) akibat kemalangan.

Bergantung pada budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja dengan syarat tidak melebihi RM300.00

RM250.00(cacat anggota)

RM50.00(simpati)

7. 13.(i)

Bantuan Bencana Alam

Nilai kerosakan Harta benda 1 tahun sekali

Pembayaran yang seterusnya terpulang kepada Majlis Jawatankuasa Kerja dengan syarat tidak melebihi RM300.00

RM300.00
8.  14(i)  Sumbangan kepada Ahli Pesara  RM300.00 
9. 15(i)  Sumbangan ahli yang dibersarakan atas sebab kesihatan(Sekali Sahaja)  RM200.00
10. 16

Sumbangan Pendidikan kepada Anak-anak Ahli

  • UPSR - 5A
  • PMR - 6A(Sekurang-kurangnya)
  • SPM - 7A(Sekurang-kurangnya)
  • STPM - 4prinsipal
  • STAM - Mumtaz
  • UPSR = RM100.00
  • PMR = RM150.00
  • SPM = RM200.00
  • STPM = RM200.00
  • STAM = RM200.00

 

Muat Turun

 
Perkhidmatan ini tertakluk kepada  staf UiTM Cawangan Perlis sahaja

   

 

Hubungi Kami :
 
Universitit Teknologi MARA, Cawangan Perlis
Kampus Arau
02600 Arau, Perlis
 
Tel   : +604-9882000
Faks : +604-9882110