Previous Next

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

YBhg. Dato’/Datin/ Prof./Tuan/Puan

IKRAR INTEGRITI AKADEMIK PELAJAR UiTM

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam sesiTown HallBahagian Pentaksiran Akademik pada 1 April 2021 yang lalu, semua pelajar dikehendaki untuk menandatangani “Ikrar Integriti Akademik Pelajar UiTM” seperti yang tertera di dalam Polisi Pentaksiran dan Penilaian Akademik UiTM Pindaan ke-3 (2021).

Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/ Prof./Tuan/Puan, Ikrar Integriti Akademik Pelajar UiTM adalah bertujuan untuk mengingatkan pelajar tentang integriti akademik dan bukannya sebagai amaran tentang akibat salah laku akademik.

Bersama-sama ini disertakan dokumen berikut untuk rujukan dan panduan pihak YBhg. Dato’/Datin/ Prof./Tuan/Puan:
i. Garis Panduan Penyimpanan Ikrar Integriti Akademik Pelajar UiTM
ii. Ikrar Integriti Akademik Pelajar UiTM (boleh dimuat turun melalui https://bppa.uitm.edu.my/images/2021/downloaduppp/Policy/Academic_Integrity_0404.pdf

 

 IKRAR INTEGRITI AKADEMIK PELAJAR UITM


(Pelajar perlu menandatangani ikrar tersebut bagi setiap kursus yang diambil. Ikrar Integriti Akademik Pelajar UiTM yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh pensyarah mengajar sehingga satu tempoh seperti di dalam garis panduan).

Perhatian serta kerjasama YBhg. Dato’/Datin/ Prof./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

PROF. MADYA Ts. DR. SYAMSUL NOR AZLAN MOHAMAD

Pengarah

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik

Main Menu