User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENGENALAN

Unit Kerjaya dan Kaunseling adalah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia diwujudkan untuk membantu dan menyokong para pelajar bagi mencapai misi dan visi universiti di dalam memenuhi keperluan industri dan negara.

 

OBJEKTIF

  • Membantu pelajar menyelesaikan isu atau masalah
  • Membantu pelajar menilai kebolehan dan kecenderungan / minat serta menghubungkan pengetahuan tersebut dengan pemilihan pendidikan dan profesion mereka
  • Membantu membentuk personaliti lulusan UiTM Perlis yang memenuhi ciri-ciri pasaran gunatenaga tempatan dan global

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Kami berjanji :

  • Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang mesra, amanah dan bertanggungjawab
  • Menyediakan perkhidmatan profesional kaunseling yang berteraskan kepada nilai-nilai Islam
  • Menerima klien dari segenap lapisan tanpa syarat
  • Memastikan kerahsiaan terjamin
  • Mengadakan sesi kaunseling dalam masa lima minit selepas mendaftar di Unit Kerjaya dan Kaunseling
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada klien berkongsi masalah, pendapat, informasi dan membangunkan potensi diri
  • Menguruskan penempatan pekerjaan kepada graduan UiTM sepanjang tahun

 

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh kami ialah :

  1. Perkhidmatan kaunseling merangkumi peribadi , akademik, kerjaya, pembangunan kendiri yang berkaitan
    • Kaunseling Individu
    • Kaunseling Berkumpulan
    • eKaunseling (Portal Pelajar)

  2. Pembangunan dan Bimbingan Kerjaya
    • Teknik Menulis Resume
    • Teknik Menghadapi Temuduga Pekerjaan
    • Strategi Mencari Pekerjaan
    • Pendaftaran Pekerjaan/Pertukaran Pekerjaan
    • Temuduga di Dalam Kampus
    • Maklumat Kerjaya
    • eCareer (UiTM Jobshop)

  3. Program Pembangunan Kendiri
    • Teknik Pembelajaran
    • ‘Pre-Executive Training’
    • ‘Motivation and Assertive Training’
    • ‘Young Motivator Training’
    • ‘Basic Counseling Skills Training’

  4. Konsultasi dan Perkhidmatan Perkembangan Professioanal
    • Isu berkaitan Kerjaya dan Kaunseling
    • Penulisan Modul Latihan
    • Pengurusan Acara dan Majlis
    • Ujian Psikologi : Personaliti Diri

  5. Penerbitan dan Penulisan Info Kerjaya dan Kaunseling
    • Modul-modul Latihan Pelajar dan Staf
    • Buletin Kaunseling
    • Risalah Ilmu
    • Artikel

  6. Bilik Terapi dan Kerusi Urut

 

ALAMAT PERHUBUNGAN

Unit Kerjaya dan Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA Kampus Perlis
02600 Arau Perlis


No Tel   : +604-9882419/2410
No Faks : +604-9882410/2411