Unit Pengurusan Kolej Dan Non Residen (UPKNR)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan
Penubuhan Institut Teknologi MARA ( ITM) Cawangan Perlis dibina pada tahun 1976 bertempat di Rumah pengakap di Padang Katong, Kangar, Perlis. Pada masa tersebut, para pelajar hanya menyewa rumah-rumah kediaman milik orang perseorangan untuk menetap. Kampus tetap ITM Perlis mula beroperasi pada tahun 1980 di atas sebidang tanah seluas 335 ekar di Arau. Pada 26 Ogos 1999, nama ITM telah ditukarkan kepada Universiti Teknologi MARA ( UiTM ). Sejajar dengan perkembangannya , dari tahun ke tahun, pembinaan blok kolej kediaman telah bertambah dan sehingga kini telah mempunyai 15 buah blok kolej kediaman sesuai dengan perkembangan semasa.
Pada tahun 2009, Kolej Kediaman ini telah diberi penstrukturan semula bagi memantapkan pengurusan kemudahan penempatan kepada warganya. Penstrukturan telah dilakukan dengan memberi penamaan semula nama Kolej Kediaman kepada system kompleks kediaman. Penamaan semula kolej kediaman telah dirasmikan oleh D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis pada 14 Mac 2010. Di samping itu, pada tahun 2013 tambahan 3 blok kolej Kediaman telah dibina iaitu Kolej Dahlia 3 blok A, b dan C dan telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2014. Kini Universiti Teknologi MARA Perlis ( UiTM Perlis ) mempunyai 3 buah kompleks kolej kediaman iaitu :
- Kompleks Cengal
- Kompleks Kesinai
- Kompleks Dahlia
Bagi mahasiswa yang tidak ditawarkan kemudahan kolej, kebajikan mereka tidak di abaikan. Unit Pengurusan Non Residen ( NR ) ditubuhkan untuk :
- Menyediakan direktori maklumat rumah sewa
- Penyediaan maklumat, informasi serta garis panduan sewaan rumah
- Mengatur program kemasyarakatan dengan penduduk setempat
- Membantu persatuan NR menjalankan program dengan pihak berkaitan
- Memantau dan menjaga keselamatan pelajar NR
Fungsi
- Pentadbiran Am Kolej Dan Non Residen ( NR )
- Penempatan pelajar
- E-Insentif ( bantuan kemudahan makan pelajar diploma dan sijil yang layak )
- Kemudahan Pelajar
- Aktiviti Pembangunan Pelajar
- Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Pelajar
Objektif
- Menyediakan kemudahan penginapan, persekitaran yang kondusif, bersih dan selamat
- Mewujudkan struktur dan kaedah pemeriksaan, penganalisisan, tindakan pembetulan dan pemantauan yang berterusan mengenai perkhidmatan pelajar dengan kerjasama semua pihak di UiTM Cawangan Perlis
- Membantu menyelaras program pembangunan modal insan yang bersepadu dan global
- Memberikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berteraskan konsep MESRA UiTM
- Menyediakan prasarana serta lain-lain kemudahan fizikal yang menyeluruh dan selesa
- Menjadikan kolej kediaman sebagai asset yang menyumbang pendapatan kepada universiti
Piagam Pelanggan
Bil | Perkara | Tempoh |
1 |
Pendaftaran Kolej Pelajar Baharu |
1 min / pelajar |
2 |
Pendaftaran Kolej Pelajar Lama |
5 min / pelajar |
3 |
Clearance pelajar di kolej |
5 min / pelajar |
4 |
Aduan Maklumbalas pelanggan |
3 hari bekerja selepas terimaan borang atau surat aduan |
Sila Hubungi
Mohd Hairul Nazreen Jamil
Pengurus Asrama Kanan
Unit Pengurusan Kolej & NR
Kompleks Siswa
Tel :04-9882399