User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Pengenalan

Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB ) UiTM PERLIS diilhamkan oleh Y.Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM, berasaskan idea cetusan YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dimana UiTM perlu memperuntukan sebanyak 5000 tempat setiap semester bagi diisi oleh pelajar-pelajar miskin serta anak yatim yang berkelayakan. Program ini adalah merupakan program berbentuk tanggungjawab sosial UiTM (Corporate Social Responsibility) yang dipertanggungjawabkan kepada UiTM untuk membantu dan memajukan pelajar Melayu dan Bumiputra menguasai ilmu dan pengetahuan.

Ringkasan Program

Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB ) merupakan program di mana pelajar Melayu dan bumiputra yang gagal untuk mendapatkan tempat di universiti kerana merit yang tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan gagal dalam mendapatkan tempat pengajian di IPT, dibantu untuk mencapai impian mereka. UiTM menawarkan program berasaskan kelayakan pelajar sama ada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.

 Syarat Kelayakan Am

PD002 (PRA PERDAGANGAN) : 1 SEMESTER / 6 BULAN
Syarat Am Universiti :

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Syarat Khas Program :

  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris

PD007 (PRA SAINS) : 1-2 SEMESTER / 6-12 BULAN
Syarat Am Universiti :

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Syarat Khas Program :

  • Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
  • DAN Lulus Bahasa Inggeris

SERTA : Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran yang berikut :

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Tambahan

 

Dokumen Diperlukan

Dokumen lampiran yang perlu disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Permohonan MDAB

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan SPM / SPM Ulangan
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu & Bapa
  • Salinan Pendapatan Ibu & Bapa / Surat Pengesahan Pendapatan

 

Penubuhan MDAB ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputra di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM3,000 sebulan
Borang permohonan program MDAB ini sah untuk satu(1) kali permohonan sahaja. Calon yang ditawarkan perlu mengambil peluang pengajian ini sebaik-baiknya jika ditawarkan tempat
Pelajar yang lulus dalam Program Mengubah Destini Anak Bnagsa (MDAB) layak ditawarkan ke program diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTRA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD

 

 

Kemudahan yang disediakan

  • Pengecualian yuran pengajian
  • Kemudahan asrama
  • Elaun bulanan / wang sara diri

Maklumat Penting

Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah PERCUMA

 

Cara Memohon

Borang permohonan boleh di muat turun di laman web www.online.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di kampus UiTM yang berhampiran

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

KOORDINATOR UNIT
PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA ( MDAB)
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Cawangan Perlis, Kampus Arau

02600, Arau, Perlis

Tel : 04-9882124/2126/2390/2498/2491/2493/2494/2495
Fax : 04-9882019