User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

 Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi utama dalam Pengurusan Kewangan Universiti. Ianya ditubuhkan berdasarkan kepada :

•    Keperluan Perundangan
•    Perkhidmatan   
•    Pembangunan dan Pengurusan Sumber
•    Kawalan Penilaian Prestasi

Pekembangan Pejabat Bendahari adalah selari dengan perkembangan Universiti sejak ia ditubuhkan sebagai Dewan Latihan RIDA pada tahun 1956 sehingga 1965, Maktab  MARA dari 1965 sehingga 1967 dan Institut Teknologi MARA pada tahun 1967 sehingga 1999.  Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Sehingga kini, Pejabat Bendahari telah meluaskan perkhidmatannya kepada 26 kampus cawangan, bahagian dan Unit Kewangan Zon untuk mempastikan keberkesanan dan kecekapan struktur, proses, perkhidmatan dan sumber dapat disampaikan dengan sebaik mungkin di dalam menyokong aspirasi UiTM menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik.

Manakala Pejabat Bendahari UiTM Perlis bermula pada 5 Julai 1974 di kampus sementara di Rumah Pengakap di Padang Katong (sekarang sebagai Pusat Giat Kangar). Pada tahun 1980 kampus sementara tersebut telah  berpindah ke kampus tetap di Arau, Perlis. Pada ketika ini, Pejabat Bendahari terletak di Aras 4, Bangunan Pentadbiran diketua oleh Timbalan Bendahari dan disokong oleh 22 staf yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan.

 

Struktur Pejabat Bendahari

Struktur Pejabat Bendahari UiTM Perlis  di bahagikan seperti berikut:

       
Unit Pentadbiran Am Unit Belanjawan Unit Perolehan Unit Bayaran
       
Unit Akaun Unit Harta Benda & Stor Unit Kewangan Pelajar Unit Terimaan

 

Download Borang

      1. Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan Perjalanan

      2. Borang Butir Peribadi Penerima Honorarium

      3. Borang Pelarasan Pendahuluan Pelbagai

      4. Borang Tuntutan Yuran Badan Professional

      5. Borang Tuntutan Bayaran Balik Tambang Kapal Terbang

      6. Borang Pembatalan Penerbangan

      7. Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri

      8. Borang Tuntutan Perjalanan Luar Negara

      9. Borang Permohonan Pendahuluan Perjalanan

    10. Borang Permohonan Pendahuluan Pelbagai

    11. Borang Sub Baucer Bayaran Wang Runcit

    12. Borang Pengesahan Penerimaan Barang - Lampiran A

    13. Borang Pengesahan Kerja Perkhidmatan - Lampiran B

 

Borang-Borang Berkaitan Perolehan Universiti

     1. Senarai Semakan Pembelian Terus - SPPB1_2011-1

     2. Lampiran A

     3. Jadual Analisa Pembelian Terus (BEKALAN)

     4. Jadual Analisa Pembelian Terus (PERKHIDMATAN)

     5. Format Panggilan Pembelian Terus (BEKALAN)

     6. Format Panggilan Pembelian Terus (PERKHIDMATAN)  

 

Borang-Borang Berkaitan Pelupusan Harta Dan Inventori

    1. KEW.PA.UiTM-1  -  Borang Laporan Penerimaan Aset Alih (Pulangkan Aset yang tidak menepati spesifikasi) (Kertas Warna Putih)

    2. KEW.PA.UiTM-6  - Borang Daftar Pergerakan dan Pinjaman Harta Modal Dan Inventori (Kertas Warna Putih)

    3. KEW.PA.UiTM-7  -  Borang Senarai Aset Di Lokasi / Pejabat (Kertas Warna Putih)

    4. KEW.PA.UiTM-9  -  Borang Aduan Kerosakan Aset Alih (Kertas Warna Pink)

    5. KEW.PA.UiTM-16  - Borang Laporan Teknikal Pelupusan Aset Alih (Kertas Warna Putih)

    6. KEW.PA.UiTM-16(2)  -  Borang Laporan Teknikal Pelupusan Peralatan Komputer (Kertas Warna Putih)

    7. KEW.PA.UiTM-17(1)  -  Borang-Permohonan Pelupusan Aset Alih Kurang Daripada RM50k (Kertas Warna Putih)

    8. KEW.PA.UiTM-17(2)  -  Borang-Permohonan Pelupusan Aset Alih Lebih Daripada RM50k (Kertas Warna Putih)    

    9. KEW.PA.UiTM-17(3)  -  Borang Permohonan Pelupusan Peralatan Komputer (Kertas Warna Putih)

 

Pekeliling Naib Canselor

    1. Pekeliling Naib Canselor Bil 10/2016 - Garis Panduan Strategi Bajet Universiti Teknologi MARA Tahun 2017.

    2. Pekeliling Naib Canselor Bil 1/2017  - Garis Panduan Pembelian Tiket Kapal Terbang Domestik Dengan Cara "Beli & Tuntut".

    3. Pekeliling Naib Canselor Bil 2/2017 - Garis Panduan Strategi Bajet Universiti Teknologi MARA Tahun 2017.

 

Pekeliling Rektor

    1. Pekeliling Rektor Bil 1/2017 - Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat Kampus.

 

 

Pekeliling Pejabat Bendahari

     1. Pekeliling Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Perlis Bil 1/2015 - Tatacara Penjanaan Dan Terimaan Bil Pelajar

 

Fungsi Pejabat Bendahari


Pengurusan kewangan universiti terbahagi kepada 3 fungsi utama iaitu:
•    Penentuan skop dan dasar pengurusan kewangan perancangan dan belanjawan, perakaunan, pengurusan rekod dan menyediakan perkhidmatan kewangan utama.
•    Penyediaan garis panduan dan prosedur akta, arahan dan piawaian yang sedang berkuatkuasa.
•    Penyediaan struktur organisasi dan kawalan-kawalan kewangan yang berkesan dan berakauntabiliti.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif

•    Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih .
•    Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
•    Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun.
•    Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.

Piagam Pelanggan

1. Menguruskan belanjawan Universiti seperti berikut:-

  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Kampus Negeri / Cawangan yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.
  • Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.

2. Mengeluarkan Pesanan Tempatan untuk permohonan perolehan melalui :

  • Tender / Sebutharga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
  • Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan belian diluluskan dalam FAIS.

3. Menjelaskan pembayaran keatas semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.

4. Menyampaikan e-tiket kapal terbang melalui e-mel selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.

5. Mengeluarkan barang setor dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

6. Mengangkut barang lupus yang telah diluluskan secara kaedah musnah dan jualan sisa dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh pengesahan pengangkutan oleh Pusat
Tanggungjawab (PTJ).

7. Mengemukakan penyata kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.  Satu minggu diterima.

 

Direktori Staf Pejabat Bendahari 

 

Hubungi kami

 

Timbalan Bendahari
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis
02600 Arau, Perlis.

Tel : +604-9882040 | Fax : +604-9882039