User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

Pejabat Am Rektor terletak di tingkat 2, Bangunan Pentadbiran. Ia diwujudkan pada Julai 1974 dengan tertubuhnya UiTM Perlis. Lokasi unit ini berada di aras dua Bangunan Pentadbiran dan diterajui oleh Rektor,Pegawai Eksekutif Kanan, Pembantu Setiausaha Pejabat Kanan dan Pembantu Am Pejabat. Pejabat Rektor juga terdiri dari unit-unit lain di bawah penyeliaan Rektor iaitu :

  • Pejabat Rektor
  • Pejabat Polis Bantuan
  • Unit Komunikasi Korporat
  • Unit Kualiti
  • Unit Teknologi Maklumat
  • ACIS
  • PALAPES ( mulai Feb 2009)
  • Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa
  • Unit Plan Strategik
  • Unit Audit Dalam

Objektif

  • Melahirkan gradúan bumiputera profesional bertaraf dunia yang bertaqwa dan berdaya saing dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan kemanusiaan.
  • Menjadi pusat rujukan yang unggul dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan kemanusiaan serta pemangkin kepada Pembangunan di Utara Malaysia.
  • Membentuk dan memupuk nilai-nilai Islam untuk dipraktikkan oleh keseluruhan warga universiti.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif bertaraf dunia untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut UiTM Perlis telah merancang beberapa agenda untuk bahagian dan unit tertentu. Penekanan diberi kepada aspek-aspek berikut:

  • Pemantapan Sistem Pengurusan
  • Pembangunan Akademik
  • Pembangunan Pelajar
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan dan Pembangunan Staf
  • Pembangunan Prasarana
  • Penyelidikan dan Inovasi

Hubungi:

Pejabat Rektor
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Cawangan Arau, Kampus Perlis
02600 Arau, Perlis
Tel: 604+988 2016 | Faks: 604+988 2019