User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pengenalan

   Pada 13 Januari 2004, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah diisytiharkan secara rasmi oleh Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM di Majlis Pelancaran CITU yang diadakan di INTEKMA Resort and Convention Centre Shah Alam.  Dengan penubuhan ini, Pusat Khidmat Nasihat Agama, Pusat Pendidikan Islam dan Unit Zakat telah digabungkan menjadi satu organisasi.  UiTM Induk dan semua UiTM cawangan terlibat dalam penggabungan Unit CITU.  CITU UiTM Perlis telah ditubuhkan pada tarikh yang sama iaitu 13 Januari 2004. Kini CITU telah bertukar nama kepada AKademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) berkuatkuasa pada 28 Februari 2013

Falsafah

   Berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai - nilai murni sebagai unsur kesepaduan melalui pendidikan bersepadu demi kecemerlangan ummah.

 Visi

   Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam yang tersohor demi pembangunan ummah.

Misi

   Mempelbagaikan kursus-kursus professional dan separa professional berorientasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi-agensi lain yang berkaitan. 

 Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.

 Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.

Objektif

  1. Memperkukuhkan penyebaran dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program akademik dan bukan akademik dengan cara yang berkualiti.
  1. Menawarkan kursus dan memfokuskan kepada kegiatan keilmuan dalam perlbagai disiplin di universiti mengikut perspektif Islam.
  1. Memastikan kejayaan keserjanaan ilmu dan penyelidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan.
  1. Menyelaras program pengembangan dan kefahaman Islam melalui pengkongsian kepakaran, sumber dan hubungan dengan organisasi dalaman ataupun luaran.
  1. Menyusun semua struktur dan program khidmat professional kemasyarakatan seperti khidmat nasihat agama.
  1. Menggiatkan dan meninggikan budaya penyelidikan dan perundingan dalam bidang keislaman.
  1. Mengaplikasi budaya ICT dalam pengajaran, pembelajaran dan khidmat professional kemasyarakatan.
  1. Mendidikan dan melahirkan pelajar yang bertakwa yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Piagam Pelanggan

  1. Pelajar
  • Menawarkan bimbingan keagamaan kepada pelajar dengan mengalirkan mereka kepada agama Islam dan nilai-nilai murni berlandaskan akidah Islam.
  • Menawarkan kursus berorientasikan Islam di semua fakulti setiap semester.
  • Memproses permohonan bantuan zakat dikalangan warga UiTM dua (2) minggu selepas ditemuduga.
  1. Staf
  • Membantu warga UiTM melalui khidmat bimbingan dan nasihat agama secara individu dan kelompok.
  • Memproses aduan dan permohonan pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  1. Majikan
  • Menganjurkan program berkualiti sebanyak 40 setiap tahun.
  1. Masyarakat
  • Mengisi program kemasyarakatan setiap tahun.

Fungsi

  1. Unit Pendidikan Islam dan Tamadun
  • Bertanggungjawab secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Bertanggungjawab dalam penawaran kursus-kursus akademik.
  1. Unit Hal Ehwal Islam
  • Bertanggungjawab secara langsung dalam program perkhidmatan Islam.
  • Bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan Islam dan penawaran kursus-kursus ko-kurikulum.

Perkhidmatan yang disediakan

  1. Zakat Pelajar dan potongan zakat kakitangan
  2. Bimbingan Nasihat individu dan kelompok
  3. Bimbingan fardu ain
  4. Kuliah-kuliah agama (kuliah maghrib dan subuh)
  5. Ceramah/Forum/Kursus/Bengkel Agama
  6. Program hari-hari kebesaran Islam (Muharram, Maulidul Rasul, Isra’ Mikraj, Ihya’ Ramadan dan Korban)
  7. Bimbingan bacaan Al-Quran dan Tajwid
  8. Ko-kurikulum kerohanian
  9. Lawatan
  10. Solat Jumaat/Tarawih dan solat berjemaah di Masjid An-Nur.

 

 

Alamat untuk dihubungi :

 

Khalid Bin Ismail

Ketua Pusat Pengajian

Akademi Pengajian Islam Kontemporari ( ACIS )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Perlis

Kampus Arau

02600 Arau, Perlis

Tel :  04 - 988 2144

Tel Pejabat Am : 04 - 988 2138/2136.

Fax :   04 - 988 2123