User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan telah dinaik taraf kepada Polis Bantuan UiTM pada 18 April 2011. Pada awal penubuhannya, Polis Bantuan UiTM dikenali sebagai Unit Keselamatan kemudiannya ditingkatkan kepada Bahagian Keselamatan. Struktur pentadbirannya berubah-ubah mengikut perkembangan semasa universiti sama ada diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pengarah, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Canseleri.

Mulai 1 Ogos 2011, Pentadbiran Polis Bantuan diletakkan di bawah Naib Canselor dan dikenali dengan nama Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM. Bagi kampus-kampus negeri, pentadbiran mereka diletakkan di bawah Rektor Kampus dan dikenali dengan nama Pejabat Polis Bantuan. Fungsi dan peranan Polis Bantuan masih sama tetapi skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dengan mempunyai kuasa-kuasa Polis.

Pejabat Polis Bantuan UiTM Perlis diketuai oleh Pegawai Keselamatan dengan bilangan kakitangan seramai 51 orang berbagai jawatan.

 

FUNGSI

Fungsi Pejabat Polis Bantuan UiTM Perlis  adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan;
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif;
  • Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan secara cekap dan berkesan.
  • Menguruskan Pejabat Polis Bantuan untuk menjadi pusat keselamatan yang profesional, berintegriti dan  berakauntabilit

 

PENGURUSAN BAHAGIAN/JABATAN

Pejabat Polis Bantuan bertanggungjawab menjaga keselamatan kampus terutama sekali yang melibatkan harta benda UiTM daripada berlakunya kecurian dan memberi pandangan serta nasihat kepada warga kampus dalam aspek keselamatan menjaga harta UiTM.

Menjaga ketenteraman didalam kampus supaya tidak berlaku kekecohan yang boleh mendatangkan mudarat kepada seluruh warga kampus yang melibatkan pelajar dan kakitangan. 

Anggota Pejabat polis bantuan juga bertanggunhjawab bagi memadam sesuatu kebakaran yang berlaku di dalam kampus, memberi bantuan atau pertolongan kepada warga kampus yang meminta bantuan setakat yang dapat dibantu olehnya tanpa melibatkan tugas dan tanggungjawab.

Pejabat Polis Bantuan juga bertanggungjawab mengawal lalulintas, tempat meletak kenderaan dan membantu sekiranya berlaku kemalangan di dalam kampus terutama sekali yang melibatkan pelajar.

Membantu dalam menguatkuasakan disiplin pelajar seperti yang dalam akta UiTM atau lain - lain peraturan yang dikeluarkan oleh mana - mana bahagian dari masa ke semasa.

Melaksanakan tugas tugas berkaitan dengan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Polis Bantuan UiTM mengenai tugas di pos - pos kawalan.

Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis menguruskan urusan keluar dan masuk melalui Pos A dan Pos B dan Pejabat Polis Bantuan yang terletak di Bangunan Pentadbiran Aras bawah beroperasi 24 jam.

 

Ketua Pejabat Polis Bantuan 

 

ASP/PB Muhamad Ridzuan bin Hadziar

Pegawai Keselamatan

Universiti Teknologi Mara

Cawangan Perlis

Kampus Arau

02600 Arau Perlis

Tel  : 04-9882009 

Fax : 04-9882233

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

 TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH