User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Audit Dalam (Internal Audit) merupakan satu aktiviti bebas (indipendent) yang memberi jaminan dan khidmat perundingan berpandukan kepada falsafah menambah nilai bagi menambahbaik operasi organisasi. Untuk mencapai tujuan ini, satu pendekatan yang sistematik dan berdisiplin digunakan bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan organisasi dan proses tadbir urus.

 

Sejarah Bahagian Audit Dalam Universiti Teknologi MARA

1980 hingga 1995

Unit Audit Dalam mula ditubuhkan dan beroperasi sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang wakil dari Jabatan Audit Negara secara pinjaman (secondment) dan seorang Penolong Juruaudit. 

1995 hingga 2008

Lantikan tetap Ketua Juruaudit menggantikan wakil Jabatan Audit Negara. Kakitangan seramai empat orang iaitu seorang Ketua Juruaudit, dua orang Juruaudit dan seorang Penolong Juruaudit. Unit Audit Dalam dinaiktaraf ke Bahagian Audit Dalam. Bahagian Audit Dalam terus berkembang dengan penambahan staf yang berjumlah 38 orang.

2011 hingga sekarang

Bahagian Audit Dalam UiTM telah memperluaskan lagi struktur organisasinya dengan melaksanakan Sistem Zon. Unit Audit Dalam (UAD) telah diwujudkan di tiga Zon. Setiap UAD Zon akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pengauditan bagi dua hingga tiga UiTM kampus negeri seperti berikut :

  • UAD Zon A (UiTM Cawangan Perlis) - UiTM Cawangan Perlis dan UiTM Cawangan Kedah
  • UAD Zon B (UiTM Cawangan Perak) - UiTM Cawangan Perak dan UiTM Cawangan P.Pinang
  • UAD Zon C (UiTM Cawangan Terengganu) - UiTM Cawangan Terengganu, UiTM Cawangan Kelantan dan UiTM Cawangan Pahang

 

Pengurusan Unit Audit Dalam UiTM Cawangan Perlis

Unit Audit Dalam Zon A ditempatkan di UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau pada tahun 2011 dibawah Pejabat Rektor. Unit ini diketuai oleh Seorang Juruaudit, dibantu oleh dua orang Penolong Juruaudit dan seorang Pembantu Juruaudit.

Unit Audit Dalam melapor kepada Rektor dari segi urusan pentadbiran. Manakala secara fungsinya melapor kepada Jawatankuasa Audit UiTM. Unit Audit Dalam bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan secara bebas (independence) dan seterusnya melaporkan hasil pemeriksaan terhadap kesempurnaan dan prestasi operasi-operasi.

Unit Audit Dalam boleh memperolehi segala rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang berkaitan tugasnya.

 

Visi Dan Misi

Visi

Audit Dalam akan sentiasa diiktiraf oleh komuniti dan pihak penguruan Universiti Teknologi MARA menerusi pengauditan yang profesional daalam usaha mempertingkatkan akauntibiliti dan penambahbaikan proses kerja yang lebih efisien dan efektif.

Misi

Meningkatkan akauntabiliti dan memastikan penggunaan sumber-sumber secara ekonomik efisien dan efektif melalui perkhidmatan audit yang bebas (independence), profesional dan berkualiti.

 

Objektif

  • Melaksanakan aktiviti pengauditan dengan efisien, efektif dan sistematik mengikut sistem arahan kerja yang ditetapkan.
  • Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan tepat pada masanya (timely) untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit, Naib Canselor dan Auditi

 

Fungsi Unit Audit Dalam

Pengauditan

  • Menentukan keboleh percayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi pengurusan kewangan.
  • Menentukan aset dan wang awam diguna secara ekonomi, efektif dan efisien serta direkod dengan betul dan tepat.

Pentadbiran

  • Perancangan strategik melalui Balance Scorecard dan pemantauan prestasi pencapaian Key Performance Indicator (KPI).
  • Pengurusan perolehan yang merangkumi perancangan keperluan, penyediaan spesifikasi, panggilan dan analisa.
  • Pengurusan aset yang merangkumi perekodan, penyelenggaraan, pelupusan dan keselamatan.
  • Pengurusan latihan staf yang merangkumi pemantauan kecukupan jam latihan.
  • Pengurusan perkhidmatan staf seperti pengesahan jawatan, cuti tahunan, kad perakam waktu, disiplin, penilaian perstasi dan sebagainya.
  • Pengurusan fail, rekod dan daftar

 

Maklumat Untuk Dihubungi

Unit Audit Dalam Zon A

Aras Lima, Bangunan Pentadbiran

Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis Kampus Arau

02600 Arau, Perlis.

No. Telefon Pejabat: 04-9882089

No. Faksimili: 04-9882087