User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Peranan utama unit ini adalah sebagai pusat rujukan UiTM Perlis dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, memastikan imej korporat universiti, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan penerbitan.

 Fungsi Unit:

  • Merancang pelan komunikasi, promosi serta publisiti segala aktiviti dan hal ehwal korporat universiti untuk meningkatkan reputasi dan memperkukuhkan identiti dan imej UiTM Perlis.
  • Menguruskan aspek perhubungan awam universiti yang merangkumi hubungan media dan hubungan antara jabatan/agensi.
  • Memantau, mengurus dan menyelaras maklumbalas aduan pelanggan dan cadangan yang diterima (akhbar, surat, laman web, e-aduan, media-media sosial, hadir sendiri) bagi memastikan sistem pengurusan aduan yang efektif dan efisien.
  • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap program dan majlis rasmi UiTM Perlis melalui penerbitan, laporan tahunan, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media.
  • Menguruskan lawatan dari pihak luar ke UiTM Perlis.
  • Sekretariat kepada majlis-majlis rasmi universiti, majlis-majlis bersama jabatan/agensi dan majlis korporat.

Piagam Pelanggan Unit:

Kami menwarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa:

  • Menyertai promosi misi akademik sekurang-kurangnya 8 kali setahun (4 pameran dan 4 lawatan).
  • Aduan Maklumbalas Pelanggan (AMP) yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 2 minggu.
  • Membuat hebahan makl;umat aktiviti yang diterima daripada pihak penganjur sekurang-kurangnya 3 hari sebelum program dijalankan kepada kumpulan sasar.
  • Melaksanakan semakan ke atas penerbitan UiTM supaya selaras dengan imej korporat.
  • Memberi layanan yang mesra kepada warga kampus, media dan pihak luar.

Hubungi kami:

Unit Komunikasi Korporat,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis,
Kampus Arau, 02600 Arau,
Perlis

Tel : 04-988 2020/2021
Faks : 04-988 2022