User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

 

Sejarah

Unit Kualiti UiTM Cawangan Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1998 yang dipertanggungjawabkan mentadbir Pelan Kualiti dan menguruskan semua kerja yang memberi kesan kepada kualiti. Prof. Madya Hj. Abdul Rashid Said Asghar memikul tanggungjawab dan dilantik sebagai Ketua Unit Kualiti pertama UiTM Cawangan Perlis. Kini Ketua Unit Kualiti dikemudi oleh Encik Azizan Kassim. Unit Kualiti UiTM Perlis bertindak menjadi pengantara INQKA bagi menggerakkan kualiti selari dengan matlamat UiTM dan di Kampus Perlis dan ianya ditempatkan di bawah pengurusan Pejabat Rektor yang kini diterajui oleh YBrs. Tuan Zailuddin Ariffin.

Fungsi Unit Kualiti

  • Merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan perlaksanaan matlamat, objektif, dasar, prosedur dan sistem yang berkaitan dengan kualiti dan jaminan kualiti
  • Membangun, melaksana, berkomunikasi dan mengekalkan pelan kualiti bagi memastikan kepatuhan kepada semua keperluan peraturan dan perundangan
  • Menyediakan perancangan tahunan dan latihan dan aktiviti kualiti
  • Merancang, menyelaras dan memantau pergerakan/aktiviti/infrastruktur kualiti dan UiTM (5S, KIK, Bulan & Hari Inovasi, pelaksanaan dan penyelenggaraan SPK, Penilaian Kendiri, Audit dan AKNC)
  • Menyediakan permohonan peruntukan belanjawan tahunan aktiviti kualiti
 
 
Hubungi kami : 
En Azizan Kassim
Ketua Unit Kualiti
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis
No Telefon : 04-9882025
No Fax : 04-9882022
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.