IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN PRA-DIPLOMA/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA JULAI 2024


BAHAGIAN PENILAIAN AKADEMIK

 


IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN PRA-DIPLOMA/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA JULAI 2024


1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).

(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.

(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.

(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.

(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 5 Julai hingga 01 Ogos 2024 - termasuk JUMAAT/SABTU/AHAD)

3. Kadar Elaun - RM4.00 sejam.

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan Laman Sesawang UiTM Cawangan Perlis. Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 JUN 2024.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 13 JUN 2024 kepada :-

KETUA
Unit Peperiksaan dan Percetakan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Perlis

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Rujukan Fail : 600-UiTMPs (HEA 2/2)
Tarikh : 30 MEI 2024