International | Students | Staff | Alumni

    UiTM Cawangan PerlisUiTM Cawangan PerlisUiTM Cawangan Perlis

    • DISCOVER US
      • Profile
      • Governance
      • Office Directory
      • Staff Directory
        • Administrative Staff
        • Academics Staff
    • ACADEMICS
      • Faculties & Academic Centres
    • RESEARCH
      • Community
      • News
      • People
    • LIBRARY
    12 Jun,2023
    Dr. Razlina Razali
    Hits: 2136

    Sesi Penyerahan Hadiah Pemenang The Global Insights Essay Contest 2023 UiTM Cawangan Perlis

    12 Jun 2023 – Satu sesi penyerahan hadiah bagi pemenang pertandingan The Global Insights Essay Contest (GIEC) 2023 telah berlangsung di Bilik Seminar Al-Fateh, Bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP). GIEC merupakan pertandingan tahunan penulisan esei  Bahasa Inggeris yang dianjurkan bersama oleh Akademi Pengajian Bahasa, University of Finance and Economics (UFE), Mongolia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pertandingan ini telah disertai oleh para pelajar dari UiTM Cawangan Perlis dan UFE, Mongolia. GIEC tahun ini telah membawa tema, ‘Inclusiveness Builds Peace’. Sesi penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Nor, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan disaksikan oleh Profesor Madya Dr. Latisha Asmak Shafie, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa; Puan Fazmawati Zakaria, Pengarah The Global Insights Essay Contest, dan Encik Mohd Ismail Hj. Abdul Rahim, Pegawai Liaison Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa. Turut serta dalam sesi tersebut adalah para pensyarah Akademi Pengajian Bahasa serta ketua-ketua unit dan staf bahagian HEP. Tahniah diucapkan kepada kesemua pelajar UiTM Cawangan Perlis yang telah memenangi GIEC 2023.  

    12 Jun,2023
    Nur Nazifa Afrina binti Shahrizam (Pelajar LI)
    Hits: 2421

    Ekspo Selangkah ke UiTM Tarik Minat Pelajar Lepasan SPM 2022 Sertai UiTM

    Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) telah diadakan pada 9 dan 10 Jun 2023 bertempat di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis. Program tahunan ini adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) dan bertujuan untuk menarik minat para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian tinggi mereka di Universiti Teknologi MARA. Kesemua fakulti, kolej pengajian dan akademi pengajian yang terdapat di UiTM Cawangan Perlis telah terlibat dalam memperkenalkan program-program yang ditawarkan UiTM. Selain itu, turut bersama dalam promosi tersebut adalah program pra-diploma dan pascasiswazah. Lepasan SPM yang hadir juga telah mendapat peluang membuat ujian serta mendapat khidmat nasihat bagi mengetahui kecenderungan minat mereka di reruai Unit Minat Kerjaya. ESKU pada kali ini juga telah disertai agensi luar iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ESKU 2023 telah dikunjungi seramai 3000 orang pengunjung yang terdiri daripada lepasan SPM, ibu bapa dan keluarga, serta para pelajar dan guru dari beberapa buah sekolah sekitar negeri Perlis.

    31 May,2023
    Dr. Razlina Razali
    Hits: 1017

    UiTM Cawangan Perlis raikan 890 graduan pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96

    27 Mei 2023 - Seramai 890 orang graduan UiTM Cawangan Perlis telah bergraduat pada Sidang ke-13 Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, Shah Alam. Istiadat tersebut dihadiri oleh pihak pengurusan serta staf akademik UiTM Cawangan Perlis. Para penerima skrol merupakan graduan daripada Fakulti Sains Gunaan; Fakulti Pengurusan dan Perniagaan; Kolej Alam Bina; Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media; Fakulti Perladangan dan Agroteknologi; Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi; serta Fakulti Perakaunan yang telah tamat pengajian pada Sesi 2 2020/2021. 

    Sesi penganugerahan skrol telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor. Sekalung tahniah diucapkan kepada para graduan, ibu bapa, dan penjaga di atas kejayaan menamatkan pengajian. Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada staf akademik dan bukan akademik yang turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar meraih kejayaan mereka. 

    31 May,2023
    Dr. Razlina Razali
    Hits: 782

    UiTM Cawangan Perlis Terima Kunjungan Duta Besar Australia ke Malaysia

    30 Mei 2023 – Duta Besar Australia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Justin Lee berserta delegasi telah berkunjung ke UiTM Cawangan Perlis sempena lawatan rasmi beliau ke negeri ini. Semasa kunjungan tersebut TYT telah menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, ‘Australia and Malaysia: Firm Friends, Ready for the Future’. Sesi syarahan yang berlangsung di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR telah dihadiri oleh pelajar, pensyarah, staf UiTM Cawangan Perlis serta wakil-wakil institusi pengajian tinggi, jabatan serta agensi yang terdapat di sekitar negeri Perlis. Ucapan aluan majlis telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Shahriman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor Pengantarabangsaan UiTM Global yang mewakili Naib Canselor UiTM. Kunjungan ini merupakan kunjungan pertama pihak kedutaan luar negara yang diterima UiTM Cawangan Perlis setelah dunia diserang wabak COVID-19 pada tahun 2020. Kali terakhir kampus menerima kunjungan daripada kedutaan luar negara adalah pada tahun 2019 iaitu daripada kedutaan Perancis. Untuk rekod, UiTM Cawangan Perlis pernah menerima kunjungan duta-duta negara luar dari Republik Czech, Norway, Sweden serta Amerika Syarikat. 

    23 May,2023
    Dr. Razlina Razali
    Hits: 615

    Tahniah kepada lantikan baharu Kelab Kakitangan Akademik (KKA) UiTM Cawangan Perlis

    Kelab Kakitangan Akademik (KKA) UiTM Cawangan Perlis telah menerima lantikan Ahli jawatankuasa Induk dan Biro yang baharu untuk sesi 2023 – 2025. Ahli jawatankuasa telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kelab untuk kali ke-30 yang diadakan secara maya dan bersemuka di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR pada 19 Mei 2023. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu dilantik dan semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. 

    1. Arau International Poetry Festival 2022 tarik minat pemuisi dalam dan luar negara
    2. Pembukaan ‘Chinese Cultural Room’ dan ‘International Chinese Education Practical Centre’
    3. International Accounting Acculturation Camp
    4. Sudut kitar semula galakkan amalan hijau warga kampus

    Iklan Sebutharga Rasmi/Tender

    18 June 2025
    Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kompleks Kediaman Pelajar Beringin Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau, Perlis
    18 June 2025
    Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Masjid An-Nur Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau, Perlis.

    Informasi Pelajar

    17 March 2025
    JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KHAS MAC 2025
    20 January 2025
    Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Februari 2025
    25 November 2024
    MUET Sesi 3 2024 Ujian Bertulis dan Ujian Lisan

    Quick Links

    • Academic Calendar
    • Intake Calendar
    • Graduate Quick Search
    • News
    • UiTM Holding
    • Hotel UiTM
    • UiTM FC
    • E-Complaint
    • FAQ
    • UiTM WiFi

    Contact Us

    Universiti Teknologi MARA
    Cawangan Perlis, Kampus Arau,
    02600 Arau, Perlis.
     

     : +604-9882000

     : +604-9882019

    korporatperlis@uitm.edu.my

     

     

           
    © Copyright UiTM Cawangan Perlis 2024. All Rights Reserved.                             Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy

    Menu

    • DISCOVER US
      • Profile
      • Governance
      • Office Directory
      • Staff Directory
        • Administrative Staff
        • Academics Staff
    • ACADEMICS
      • Faculties & Academic Centres
    • RESEARCH
      • Community
      • News
      • People
    • LIBRARY