PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT) - UiTM CAWANGAN PERLIS
Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.
Menjadikan Program Pra Diploma sebagai laluan istimewa untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU tidak kira samada mereka dari golongan B40 atau pun bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Mempertingkat pencapaian akademik pelajar melalui Program Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni etika dan keprofesionalan UiTM.