Program Hasil Your Tax Buddy

Arau, 4 Julai - Seramai 80 orang pelajar Diploma Sistem Maklumat Perakaunan telah menyertai Program Hasil Your Tax Buddy (HYTB) Siri ke 6/2022 anjuran bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Pejabat Pengarah Kedah/Perlis dan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis pada 4 Julai 2022.

Pengisian program meliputi taklimat percukaian dan cabaran Taxplorace yang menguji pengetahuan, semangat kerjasama serta kemahiran di kalangan para peserta. Antara yang menarik edisi kali ini adalah permainan tradisi yang dijadikan sebagai cabaran checkpoint iaitu telefon karat, permainan yang mengukur kebolehan penyampaian maklumat dengan tepat dalam kontek pendidikan cukai.

Majlis Penutupan Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Norfaidah binti Daud, Pengarah Negeri, Pejabat Pengarah Negeri Kedah/Perlis diiringi Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi. Turut hadir Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar, Timbalan Rektor PJIM&A dan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, Prof. Madya Dr. Azrul Abdullah serta 14 orang Pensyarah Perakaunan.

Seorang pelajar, Saudara Khairul Syafiq Khairul Nizam telah turut dianugerahkan sebagai Duta Hasil yang akan menjadi wakil menerima informasi percukaian secara berkala daripada pihak LHDNM untuk dipanjangkan kepada masyarakat kampus khususnya warga pelajar.

Kesemua 16 kumpulan pelajar yang terlibat dengan Taxplorace menerima hadiah masing-masing. Kumpulan Invictive, Sixth Sense dan Blue Hazel telah muncul sebagai Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. Program ini telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi fotografi.

 

Iklan Sebutharga Rasmi/Tender

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
 

 : +604-9882000

 : +604-9882019

korporatperlis@uitm.edu.my