Sudut kitar semula galakkan amalan hijau warga kampus

UiTM Green Centre cawangan Perlis bersama E-Idaman telah berkolaborasi untuk menyediakan sudut kitar semula di Anjung Siswa UiTM Cawangan Perlis. Perasmian sudut tersebut telah berlangsung pada 3 November 2022 bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perlis dan dirasmikan oleh Rektor UiTM Perlis, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi bersama Ketua Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman, En.Mohd Firdaus Bin Mohd Isa.

Selain sudut kitar semula, pihak E-Idaman turut menyediakan sebuah aplikasi idamanXchange untuk menambahbaik aktiviti kitar semula dikalangan masyarakat serta membantu menyokong usaha kerajaan dalam pengasingan sampah terus dari sumber.

Sudut kitar semula ini juga merupakan inisiatif UiTM Green Centre dalam membentuk sebuah kampus lestari hijau dimana mahasiswa dapat mempraktikkan amalan kitar semula sama ada di dalam atau di luar kampus. Selain itu, usaha ini diharapkan akan mengalakkan warga kampus untuk menjadikan UiTM Cawangan Perlis kampus bebas plastik pada masa akan datang.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
 

 : +604-9882000

 : +604-9882019

korporatperlis@uitm.edu.my