Pembukaan ‘Chinese Cultural Room’ dan ‘International Chinese Education Practical Centre’

Sabtu, 17 Disember 2022 – Akademi Pengajian Bahasa telah menganjurkan majlis pembukaan ‘Chinese Cultural Room’ dan ‘International Chinese Education Practical Centre’ semalam.
Kedua-dua pusat tersebut bakal membuka peluang yang lebih baik untuk para pelajar serta kakitangan UiTM Cawangan Perlis untuk mempelajari Bahasa Mandarin dan budaya negara China.
Pada majlis tersebut, YBhg. Rektor telah menerima serahan papan tanda dari Pengarah (China) Kong Zi Insitute, Universiti Malaya iaitu Profesor Zhu Li sebagai simbolik pembukaan kedua-dua tempat terbabit.
Majlis turut disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Rektor HEA, Profesor Ts. Dr Mohd Azlan Mohd Ishak; Pengarah (Malaysia) Kong Zi Insitute, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Zalina Mahmood; Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa, Dr Latisha Asmaak Shafie; bekas Pengarah (China) Kong Zi Insitute, Universiti Malaya, Dr Wang Zhenghai (secara maya); dan pegawai pengiring, Puan Izzah.
Turut memeriahkan majlis adalah para pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa, para pelajar Persatuan Mandarin dan wakil Unit Komunikasi Korporat. Pada hari tersebut juga telah diadakan bengkel menulis kaligrafi dan seni kertas China yang dibantu oleh guru sukarela dari Kong Zi Institute iaitu Cik Tou Jie dan Cik Xiao Ying.