Sesi Penyerahan Hadiah Pemenang The Global Insights Essay Contest 2023 UiTM Cawangan Perlis

12 Jun 2023 – Satu sesi penyerahan hadiah bagi pemenang pertandingan The Global Insights Essay Contest (GIEC) 2023 telah berlangsung di Bilik Seminar Al-Fateh, Bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP). GIEC merupakan pertandingan tahunan penulisan esei  Bahasa Inggeris yang dianjurkan bersama oleh Akademi Pengajian Bahasa, University of Finance and Economics (UFE), Mongolia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pertandingan ini telah disertai oleh para pelajar dari UiTM Cawangan Perlis dan UFE, Mongolia. GIEC tahun ini telah membawa tema, ‘Inclusiveness Builds Peace’. Sesi penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Nor, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan disaksikan oleh Profesor Madya Dr. Latisha Asmak Shafie, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa; Puan Fazmawati Zakaria, Pengarah The Global Insights Essay Contest, dan Encik Mohd Ismail Hj. Abdul Rahim, Pegawai Liaison Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa. Turut serta dalam sesi tersebut adalah para pensyarah Akademi Pengajian Bahasa serta ketua-ketua unit dan staf bahagian HEP. Tahniah diucapkan kepada kesemua pelajar UiTM Cawangan Perlis yang telah memenangi GIEC 2023.  

Iklan Sebutharga Rasmi/Tender

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
 

 : +604-9882000

 : +604-9882019

korporatperlis@uitm.edu.my