Ekspo Selangkah ke UiTM Tarik Minat Pelajar Lepasan SPM 2022 Sertai UiTM

Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) telah diadakan pada 9 dan 10 Jun 2023 bertempat di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis. Program tahunan ini adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) dan bertujuan untuk menarik minat para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian tinggi mereka di Universiti Teknologi MARA. Kesemua fakulti, kolej pengajian dan akademi pengajian yang terdapat di UiTM Cawangan Perlis telah terlibat dalam memperkenalkan program-program yang ditawarkan UiTM. Selain itu, turut bersama dalam promosi tersebut adalah program pra-diploma dan pascasiswazah. Lepasan SPM yang hadir juga telah mendapat peluang membuat ujian serta mendapat khidmat nasihat bagi mengetahui kecenderungan minat mereka di reruai Unit Minat Kerjaya. ESKU pada kali ini juga telah disertai agensi luar iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ESKU 2023 telah dikunjungi seramai 3000 orang pengunjung yang terdiri daripada lepasan SPM, ibu bapa dan keluarga, serta para pelajar dan guru dari beberapa buah sekolah sekitar negeri Perlis.

Iklan Sebutharga Rasmi/Tender

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
 

 : +604-9882000

 : +604-9882019

korporatperlis@uitm.edu.my