International | Students | Staff | Alumni

    UiTM Cawangan PerlisUiTM Cawangan PerlisUiTM Cawangan Perlis

    • DISCOVER US
      • Profile
      • Governance
      • Office Directory
      • Staff Directory
        • Administrative Staff
        • Academics Staff
    • ACADEMICS
      • Faculties & Academic Centres
    • RESEARCH
      • Community
      • News
      • People
    • LIBRARY
    18 Dec,2022
    Mohd Ismail Hj. Abdul Rahim Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan
    Hits: 590

    International Accounting Acculturation Camp

    15 Disember - Seramai 40 orang peserta terdiri daripada 32 orang pelajar dan 8 orang pensyarah Rattaphum College, Rajamangala University of Technology Srivijaya, Songkla (RUTS), Songkla, Thailand telah berkunjung ke kampus ini selama dua hari satu malam bermula 14 Disember 2022 bagi menghadiri Program International Accounting Acculturation Camp anjuran bersama Fakulti Perakaunan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, UiTM Cawangan Perlis.

    Majlis perasmian telah berlangsung pada 14 Disember 2022, jam 2.30 petang di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR. YBhg. Prof. Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis telah hadir merasmikan program kolaborasi antarabangsa ini.

    Delegasi RUTS diketuai oleh Asst. Prof. Dr Patcharin Bunnoon, Ketua Pentadbiran Perniagaan. Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan serta Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis. Hampir 200 orang hadir termasuk para pelajar dan pensyarah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis di majlis perasmian ini.

    Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya perkongsian ilmu oleh para pensyarah jemputan antara dua buah universiti berkaitan tentang Standard Perakaunan Antarabangsa (IAS8, IAS40 dan IAS19) dan "How to write an abstract", aktiviti secara berkumpulan, mesyuarat kolaborasi, klinik woodball serta perkongsian budaya.

    Besar harapan program ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta, meningkatkan hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara dua buah universiti sekaligus meningkatkan ketampakan universiti ini di persada antarabangsa.

     

     

     

    • Prev
    • Next

    Iklan Sebutharga Rasmi/Tender

    02 October 2025
    Cadangan Kerja-Kerja Pembinaan Surau Bagi Kegunaan Umum Di Belakang Bangunan Pentadbiran Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau, Perlis.
    01 October 2025
    Perkhidmatan Penyelenggaraan Infrastruktur Dan Sistem Bekalan Elektrik Di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Bagi Tempoh Satu (1) Tahun.
    26 September 2025
    Cadangan Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau, Perlis.

    Informasi Pelajar

    18 September 2025
    Maklumat Peperiksaan Khas September 2025
    07 July 2025
    Maklumat Waktu Peperiksaan Akhir Julai 2025

    Quick Links

    • Academic Calendar
    • Intake Calendar
    • Graduate Quick Search
    • News
    • UiTM Holding
    • Hotel UiTM
    • UiTM FC
    • E-Complaint
    • FAQ
    • UiTM WiFi

    Contact Us

    Universiti Teknologi MARA
    Cawangan Perlis, Kampus Arau,
    02600 Arau, Perlis.
     

     : +604-9882000

     : +604-9882019

    korporatperlis@uitm.edu.my

     

     

           
    © Copyright UiTM Cawangan Perlis 2024. All Rights Reserved.                             Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy

    Menu

    • DISCOVER US
      • Profile
      • Governance
      • Office Directory
      • Staff Directory
        • Administrative Staff
        • Academics Staff
    • ACADEMICS
      • Faculties & Academic Centres
    • RESEARCH
      • Community
      • News
      • People
    • LIBRARY