UiTM Cawangan Perlis Terima Kunjungan Duta Besar Australia ke Malaysia

30 Mei 2023 – Duta Besar Australia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Justin Lee berserta delegasi telah berkunjung ke UiTM Cawangan Perlis sempena lawatan rasmi beliau ke negeri ini. Semasa kunjungan tersebut TYT telah menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, ‘Australia and Malaysia: Firm Friends, Ready for the Future’. Sesi syarahan yang berlangsung di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR telah dihadiri oleh pelajar, pensyarah, staf UiTM Cawangan Perlis serta wakil-wakil institusi pengajian tinggi, jabatan serta agensi yang terdapat di sekitar negeri Perlis. Ucapan aluan majlis telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Shahriman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor Pengantarabangsaan UiTM Global yang mewakili Naib Canselor UiTM. Kunjungan ini merupakan kunjungan pertama pihak kedutaan luar negara yang diterima UiTM Cawangan Perlis setelah dunia diserang wabak COVID-19 pada tahun 2020. Kali terakhir kampus menerima kunjungan daripada kedutaan luar negara adalah pada tahun 2019 iaitu daripada kedutaan Perancis. Untuk rekod, UiTM Cawangan Perlis pernah menerima kunjungan duta-duta negara luar dari Republik Czech, Norway, Sweden serta Amerika Syarikat. 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis, Kampus Arau,
02600 Arau, Perlis.
 

 : +604-9882000

 : +604-9882019

korporatperlis@uitm.edu.my